VIDEO GEOGRAHPY

Loading...

17 Jun 2012

TEMA 1 : SISTEM BUMI

BBAHAGIAN A : GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL
PENGGAL 1


MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI
( ALAM SEKITAR FIZIKAL) STPM

BAB 1 : SISTEM BUMI

1.1              KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur  dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan.
1.2            Terdiri daripada 3 sistem ;
i)                  terpencil – mempunyai sempadan yang  nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga.
ii)                Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan.
iii)             Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya.

1.3             Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan.

1.3.1       Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di  udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan permukaan bumi), dan pedosfera ( kerak bumi bersifat pepejal).

1.3.2 Semua sistem ini saling berinteraksi antara satu sama lain.
                       ( Sila lukis rajah yang berkenaan)

1.4             Sistem Suria – terdiri daripada sembilan buah planet, satelit semulajadi dan pelbagai jasad lain yang bergerak mengelilingi matahari dan di kawal oleh tarikan gravity matahari .

1.5             Konsep bahangan matahari – merupakan tenaga haba yang dipindahkan ke permukaan bumi melalui bahangan secara terus menerus tanpa perantaraan dalam bentuk gelombang electromagnet dan cahaya.



1.6             BUMI SEBAGAI SATU SFERA –
1.1.6       bumi berbentuk sfera, rata sedikit di bahagian kedua-dua kutubnya ,
1.1.7       mempunyai diameter 12753 km
1.1.8        terdiri daripada lapisan litosfera ( kerak bumi), mantel dan teras bumi,
1.1.9       sentiasa berputar di atas paksinya yang condong dan mengambil masa 24 jam untuk membuat satu pusingan lengkap
1.1.10  sambil bergerak mengelilingi matahari dan mengambil masa satu tahun untuk membuat satu pusingan lengkap.

1.7             KONSEP PUTARAN BUMi – bumi berputar pada paksinya yang condong dari arah barat ke timur, mengambil masa 24 jam untuk membuat satu pusingan lengkap dan kesannya menyebabkan kejadian siang dan malam serta kejadian air pasang surut.

1.8      Kejadian air pasang surut –  berpunca daripada tarikan gravity bulan yang lebih kuat daripada tarikan gravity matahari . Pasang  surut air juga berpunca daripada tarikan gravity bulan dengan bumi dan matahari dengan bumi. Jika bumi, bulan , dan matahari  berada dalam satu garisan, berlakulah air pasang perbani ( air  pasang besar). Jika bumi, bulan dan matahari berada dalam sudut tepat terjadilah air pasang anak.

1.9   KONSEP KECONDONGAN PAKSI BUMI – merujuk kepada satu garisan condong sebanyak 23 ½ 0 daripada satah tegak atau 66 ½ 0 dari satah pancaran matahari yang dilukis dari utara ke selatan melalui bahagian tengah bumi dan sudut kecondonganya adalah tetap walaupun kedudukan bumi berubah.

1.10        KONSEP PEREDARAN BUMI – bumi beredar mengelilingi matahari dalam orbit berbentuk elips, mengambil masa 1 tahun untuk membuat satu pusingan lengkap.  Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan kejadian empat musim , kejadian gerhana, dan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang.





1.11          Kejadian empat musim


Tarikh

Kedudukan matahari

Kejadian

Hemisfera Utara

Hemisfera Selatan

Tempoh waktu siang/malam

21 Mac

Garisan Khatulistiwa

Ekuinoks

Musim Bunga

Musim Luruh

Semua tempat mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam

21 Jun

Garisan Sartan

Solstis

Musim Panas

Musim Sejuk

Dihenisfera utara, waktu siang lebih panjang daripada malam. Di hemisfera selatan, waktu malam lebih panjang daripada siang. Semua tempat di kawasan Artik mengalami siang selama 24 jam.



23 September


Garisan Khatulistiwa


Ekuinoks


Musim Luruh


Musim Bunga


Semua tempat mengalami 12 jam siang dan 12 jam malam








22 Disember

Garisan Jadi

Solstis

Musim sejuk

Musim Panas

Di hemisfera utara, waktu malam lebih panjang daripada siang. Di Hemisfera selatan, waktu siang lebih panjang daripada malam. Semua tempat di Garisan Antartik mengalamiu waktu siang selama 24 jam.



1.12        Kejadian Gerhana – terjadi apabila bumi atau bulan tidak mendapat cahaya matahari. Terbahagi dua, iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari.

a)    Gerhana bulan – berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam keadaan sebaris. Bumi berada di antara matahari dan bulan. Ketika ini matahari tidak sampai ke bulan kerana baying-bayang bumi menutupi bulan. Bulan tidak kelihatan selama beberapa minit semasa gerhana bulan.

b)    Gerhana matahari – terjadi apabila bulan berada di antara bumi dengan matahari. Bulan menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi. Gerhana penuh berlaku di zon umbra manakala gerhana  separa terjadi di zon penumbra.




1.13         JENIS-JENIS TENAGA HABA DALAM SISTEM BUMI
a)    Tenaga haba rasa – apabila tenaga ini terkena pada permukaan dan ia akan beransur-ansur menjadi panas.
b)    Tenaga haba pendam – tenaga ini terkandiung dalam jirim sehinggalah ia dibebaskan oleh sebab-sebab tertentu.

1.14         MENGAPAKAH TERDAPAT PERBEZAAN KADAR PENYERAPAN HABA PADA PERMUKAAN BUMI?

i)                  Warna permukaan bumi – permukaan cerah kadar penyerapan bahangan matahari adalah rendah manakala permukaan gelap mampu nyerap bahangan matahari yang tinggi.

ii)                Struktur permukaan bumi – permukaan bumi yang mengandungi binaan bangunan daripada konkrit dan simen, kadar penyerapan bahangan matahari adalah tinggi. Permukan bumi yang tediri daripada tumbuh-tumbuhan hijau pula kadar penyerapan bahangan matahari adalah rendah.


iii)             Kandungan mineral dalam batuan – batuan yang mengandungi ferum akan berwarna hitam keperangan menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari adalah tinggi. Batuan yang terdiri daripada batu kapur ula berwarna putih menyebabkan kadar penyerapan bahangan matahari yang rendah.


iv)              Aspek/kedudukan permukaan bumi – merujuk kepada kedudukan permukaan bumi sama ada berhadapan dengan pancaran matahari atau membelakangi pancaran matahari. Permukaan bumi yang berhadapan dengan pancaran matahari secara terus akan menyerap bahangan matahari yang banyak berbanding permukaan bumi yang terlindung tidak dapat menyerap bahangan matahari.

v)                 Tekstur permukaan – permukaan bumi yang kasar mampu menyerap bahangan matahari yang banyak berbanding permukaan bumi bertekstur halus. Permukaan tanah yang lembap pula lambat menyerap bahangan matahri berbanding permukaan tanah yang kering.

1.15         MENGAPAKAH JUMLAH BAHANG MATAHARI YANG DITERIMA BERBEZA-BEZA MENGIKUT BAHAGIAN DUNIA?

i)                  Putaran bumi di atas paksinya yang condong mewujudkan kejadian siang dan malam – kawasan berhadapan pancaran matahari akan menerima bahangan matahari yang banyak (menjadi siang ) berbanding bahagian yang terlindung daripada pancaran bahangan matahari akan menjadi gelap
           ( menjadi malam).

ii)                Peredaran bumi mengelilingi matahari - menyebabkan kedudukan matahari yang berbeza-beza di garisan lintang. Contohnya kawasan Khatulistiwa menerima pancaran matahari sepanjang tahun menyebabkan penerimaan bahangan matahari yang paling banyak berbanding kawasan sederhana yang menerima bahangan matahri yang banyak pada masa-masa tertentu sahaja.

iii)    Kejadian musim – berlaku akibat peredaran bumi mengelilingi matahari. Pada masa ekuinoks musim bunga
            (21 Mac) dan ekuinoks musim luruh (23 September ) seluruh dunia menerima bahangan matahari yang banyak . Semasa solstis musim panas ( 21 Jun ) kawasan hemisfera utara menerima bangan matahari yang banyak kerana matahari berada di garisan sartan, manakala semasa solstis musim sejuk (22 Disember ) pula,  kawasan hemisfera selatan pula yang menerima bahangan matahari yang banyak kerana matahari berada di garisan jadi.

iv)              Kecondongan pancaran matahari – kedudukan garis lintang berbanding kedudukan matahari menyebabkan sesetengah tempat menerima pancaran matahari secara tegak atau condong. Kawasan khatulistiwa menerima pancaran matahari secara tegak menyebabkan bahangan matahri yang diterima adalah banyak. Kawasan hemisfera utara dan hemisfera selatan pula menerima pancaran matahari secara condong menyebabkan penerimaan bahangan matahri adalah sedikit.

v)       Ketebalan atmosfera – Kawasan yang mempunyai ketebalan atmosfera yang tinggi ( contoh, kawasan khatulistiwa ) kurang menerima bahangan matahari berbanding kawasan yang mempunyai atmosfera yang nipis penerimaan  bahangan matahari adalah sedikit ( contoh, kawasan  gurun panas ) .

vi)              Perbezaan permukaan bumi – kawasan daratan lebih cepat menyerap bahangan matahari menyebabkan penerimaan bahangan adalah tinggi berbanding permukaan bumi yang dilitupi air. Permukaan bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan pula kadar penyerimaan bahangan matahari lebih rendah berbanding permukaan bumi yang gondol dan tandus.  Bahagian lurah gunung yang berhadapan pancaran matahri akan menerima bahangan matahari yang tinggi berbanding bahangian yang  terlindung daripada pencaran matahari.


1.16         MENGAPAKAH BUMI HANYA MENRIMA SEBAHAGIAN KECIL SAHAJA DARIPADA SELURUH TENAGA MATAHARI DAN JUMLAHNYA BERUBAH-UBAH MENGIKUT MASA?

i)                  Jarak matahari dengan bumi – jarak bumi dengan matahari sejauh lebih kurang 150 juta km menyebabkan jumlah penerimaan bahangan matahari adalah kecil.  Semasa perihelion (kedudukan bumi  paling dekat dengan matahari)  penerimaan bahangan matahari paling banyak berbanding semasa afelion ( kedudukan bumi paling jauh dengan matahari ).

ii)                Faktor bumi mengelilingi matahari – menyebabkan kejadian ekuinoks dean solstis. Semasa ekuinoks musim bunga dan ekuinoks musim luruh, matahari berada di garisan khatulistiwa menyebabkan seluruh dunia mengalami siang dan malam yang sama panjang .  Semasa kejadian solstis musim panas , kawasan hemisfera utara menerima bahangan matahari paling banyak manakala semasa  solstis musim sejuk , kawasan hemisfera selatan pula menerima bahangan matahari paling banyak. Kawasan Khatulistiwa menerima bahangan matahari yang sama banyak sepanjang tahun.

iii)             Faktor kejadian tompok matahari ( sunsport) – pada masa ini lebih banyak tenaga electromagnet dikeluarkan pada tompok matahari. Ini menyebabkan penerimaan bahangan matahari pada masa ini lebih banyak berbanding biasa. Kejadian ini berlaku setiap 11 tahun sekali.

iv)              Faktor pemantulan atau pembalikan oleh awan – awan berperanan sebagai pembalik, pemantul atau p-enghambur haba matahari. Wap air juga akan menyerap bahangan matahari. Ini menyebabkan sebahagian kecil sahaja bahangan matahari yang sampai ke bumi. Di kawasan Khatulistiwa yang mempunyai gumpalan awan yang tebal telah menghalang sebahagian daripada bahangan matahari untuk sampai ke permukaan bumi  manakala di kawasan gurun panas pula yang kurang litupan awan membolehkan sebahagian besar bahangan matahari sampai ke permukaan bumi.

v)                 Faktor albedo – merujuk kepada pembalikan atau pantulan sebahagian daripada bahangan matahari oleh sebarang permukaan. Kadar albedo berbeza-beza mengikut ciri permukaan dan sudut pancaran  matahari.  Bagi permukaan cerah atau putih, kadar albedonya tinggi bebanding permukaan bumi yang berwarna gelap. Kadar albedo bagi permukaan bersalji ialah 80% manakala permukaan air laut ialah 30%.

vi)              Penyerakan oleh zarah halus ( seperti molekul gas, udara, wap air, debu, habuk dan hablur ais ) – Bahan-bahan ini akan melakukan penyerakan terhadap bahangan matahari di atmosfera sebelum sampai ke permukaan bumi. Akibatnya,  bahangan matahari yang sampai ke permukaan bumi adalah kecil sahaja.



1.17         PENGARUH TENAGA SURIA KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI

i)                  Pertanian – Kawasan tropika lembap yang menerima tenaga suria sepanjang tahun menggalakkan kegiatan pertanian dijalankan sepanjang tahun. Berbanding dengan kawasan beriklim sederhana kegitan pertanian giat  dijalankan pada musim panas dan musim bunga sahaja manakala pada musim sejuk kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan sama sekali.

ii)                Perikanan – Di kawasan tropika lembap yang menerima jumlah tenaga suria yang banyak telah menggalakkan pertumbuhan plankton iaitu sejenis makanan ikan. Ini menghasilkan ekosistem laut yang kaya dengan pelbagai hidupan kesannya kegiatan perikanan giat dijalankan .

iii)             Pembalakan – di kawasan tropika lembap yang menerima min suhu tahunan 27oC dan jumlah hujan tahunan melebihi 2000mm menggalakkan pertumbuhan pokok berharga seperti merantidijalankan sepanjang tahun  di kawasan ini. Di kawasan beriklim sederhana, pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana getah pokok membeku, mudah untuk penebangan pokok. Permukaan tanah bersalji memudahkan kayu balak digolekkan dan disusun di atas sungai yang membeku  sebelum dihanyutkan pada musim panas.

iv)              Pelancongan – di kawasan tropika lembap yang menerima bahangan matahari sepanjang tahun menggalakkan kegiatan pelancongan dijalankan sepanjang tahun. Di kawasan beriklum sederhana, pelancongan luncur ais dijalankan pada musim sejuk. Penduduk mereka akan berhijrah ke kawasan tropika pada masa ini untuk menikmati bahangan matahari.

v)                 Pemburuan – di kawasan tropika lembap kegiatan pemburuan dijalankan sepanjang tahun kerana bahangan matahari diterima sepanjang tahun. Tetapi di kawasan beriklim sederhana dunia, kegiatan pemburuan dijalankan pada musim sejuk kerana bulu binatang sangat tebal, pergerakan binatang sangat perlahan di atas salji memudahkan kerja pemburuan.

vi)              Industri kecil dan sederhana – di kawasan tropika lembap yang menerima bahangan matahari sepanjang tahun membolehkan aktiviti menjemur batik,  ikan kering, udang kering, belacan dan keropok dijalankan dengan giat. Tetapi di kawasan beriklim sederhana dunia, aktiviti serupa ini terhenti pada musim sejuk dan luruh kerana penerimaan bahangan matahari sangat minimum.

vii)            Sumber tenaga solar – Di Negara-negara benua Asia yang menerima bahangan matahari yang banyak sepanjang tahun membolehkan penjanaan tenaga solar dijalankan dengan baik berbanding kawasan sederhana dunia aktiviti ini terganggu pada musim luruh dan sejuk.


1.18         PENGARUH TENAGA SURIA TERHADAP KEGIATAN PERTANIAN DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP

i)                  Penerimaan bahangan matahari yang banyak sepanjang tahun membolehkan pelbagai aktiviti pertanian dijalankan sepanjang tahun.

ii)                Kegiatan pertanian meliputi pembajakkan, penanaman, pembajaan dan penuaian dijalankan sepanjang tahun.

iii)             Pelbagai jenis tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bunga-bungaan dapat dihasilkan sepanjang tahun.

iv)              Jumlah tenaga suria yang banyak juga mempengaruhi penanaman pelbagai jenis tanaman tropika seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, dan tembakau.

v)                 Bekalan tenaga suria yang banyak menggalakan proses geomorfologi seperti pembentukan bahan regolith yang tebal melalui pereputan bahan organic secara kimia yang subur  untuk penanaman pelbagai jenis tanaman. Kitar air yang kerap berlaku telah membekalkan sumber air yang banyak a membolehkan proses pengairan tanaman dijalankan khususnya untuk penaman padi sawah.
             






Tiada ulasan:

Catat Ulasan