BLOG UNTUK MEMBANTU CALON-CALON STPM YANG MENGAMBIL SUBJEK GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL STPM
17 Jun 2012
SUKATAN BAHARU GEOGRAFI
BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL
1 Sistem bumi
1.1 Konsep sistem
Calon seharusnya dapat:
(a) mentakrifkan konsep sistem;
(b) menerangkan konsep sistem dalam konteks persekitaran fizikal.
Menggunakan gambar rajah dan animasi pelbagai sistem
1.2 Sistem suria
Calon seharusnya dapat:
(a) menerangkan sistem suria dalam Galaksi Bima Sakti, dan sistem bumi sebagai satu planet yang memperoleh tenaga dari matahari.
Menggunakan gambar rajah dan animasi kedudukan dan pergerakan bumi dalam sistem suria
1.3 Kedudukan bumi dalam sistem suria
Calon seharusnya dapat:
(a) menyatakan bumi sebagai satu planet berbentuk sfera;
(b) menerangkan putaran bumi di atas paksinya yang condong dan peredarannya mengelilingi matahari;
(c) menjelaskan kesan putaran dan peredaran bumi;
(d) menjelaskan kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap unsur fizikal dan aktiviti manusia.
1.4 Tenaga
1.4.1 Konsep tenaga
Calon seharusnya dapat:
(a) mentakrifkan konsep tenaga;
(b) mengenal pasti punca dan jenis tenaga;
1.4.2 Punca dan jenis tenaga
(c) membezakan tenaga eksogenik dengan tenaga endogenik.
1.5 Peranan tenaga suria terhadap proses fizikal dan hidupan di bumi
Calon seharusnya dapat:
(a) menghuraikan peranan bahangan suria terhadap tumbuh-tumbuhan, manusia, dan haiwan;
(b) menjelaskan kesan bahangan suria terhadap proses fizikal (kitaran hidrologi, geomorfologi, dan atmosfera).
Menggunakan gambar rajah kitaran yang menunjukkan aliran tenaga
2 Sistem Geomorfologi
2.1 Pengenalan kepada proses geomorfologi
Calon seharusnya dapat:
(a) menerangkan proses geomorfologi (luluhawa, hakisan, pergerakan jisim, pengangkutan, dan pemendapan).
Menggunakan gambar rajah bagi menerangkan proses geomorfologi
2.2 Konfigurasi bentuk bumi
Calon seharusnya dapat:
(a) menghuraikan struktur dan kandungan lapisan bumi;
(b) mengenal pasti taburan daratan dan lautan;
Menggunakan maklumat daripada gambar rajah, peta, dan gambar foto
2.2.1 Batuan
(c) menyatakan jenis batuan (igneus, enapan, dan metamorfosis);
(d) menghuraikan proses pembentukan jenis batuan;
(e) menjelaskan perkaitan antara jenis batuan dengan konfigurasi bentuk bumi;
(f) mengenal pasti kepentingan batuan sebagai sumber alam;
2.2.2 Proses endogenetik
(g) menyatakan konsep dan proses endogenik;
(h) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi lipatan dan kesannya;
(i) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi gelinciran dan kesannya;
(j) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi gunung berapi dan kesannya;
2.2.3 Hanyutan benua
(k) menyatakan Teori Hanyutan Benua (Teori Awal, Teori Peluasan Dasar Lautan, dan Teori Tektonik Plat);
(l) menghuraikan Teori Tektonik Plat;
(m) menghuraikan taburan dan bukti kejadian hanyutan benua.
2.3 Pembentukan landskap di kawasan tropika lembap
2.3.1 Luluhawa
(a) menghuraikan jenis serta proses luluhawa fizikal (mekanikal), kimia, dan biologi;
(b) menghuraikan faktor yang mempengaruhi luluhawa (iklim, tumbuh-tumbuhan, jenis batuan, mikroorganisma, aktiviti manusia, dan masa);
(c) menjelaskan kesan luluhawa terhadap pembentukan landskap dan aktiviti manusia;
Pengenalan kepada skala dunia dan penekanan kepada proses geomorfologi yang dominan di kawasan tropika lembap
2.3.2 Pergerakan jisim
(d) menyatakan jenis pergerakan jisim (aliran cepat dan aliran perlahan);
(e) menghuraikan proses pergerakan jisim;
(f) menjelaskan faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim (kecerunan, jenis batuan, hujan, litupan tumbuhan, gerakan tektonik, dan tindakan manusia);
2.3.3 Lembangan saliran
(g) menjelaskan kesan pergerakan jisim terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia;
(h) menyatakan konsep lembangan saliran;
(i) menghuraikan proses hakisan permukaan (hakisan percikan, kepingan, galir, dan galur);
(j) menghuraikan jenis hakisan sungai (melebar, mendalam, dan mengundur);
(k) menghuraikan cara hakisan sungai (hidraul, lelasan/geselan, lagaan, dan larutan);
(l) menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan sungai (isi padu dan halaju air, kecerunan, bentuk alur, jenis batuan, dan bahan muatan);
(m) mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi hakisan sungai (air terjun, jeram, lubuk, gaung, dan lurah);
(n) menghuraikan cara pengangkutan sungai (golekan, loncatan, ampaian, larutan, dan apungan);
(o) menghuraikan faktor yang mempengaruhi pengangkutan sungai (tenaga, cerun, kekasaran alur, halangan, bentuk alur, saiz, dan jenis bahan);
(p) menghuraikan faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai (isi padu air, halaju air, kecerunan, bentuk alur, jenis batuan, bahan muatan, dan halangan);
(q) mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi pemendapan sungai (dataran banjir, delta, tasik ladam, dan tetambak);
(r) menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia;
2.3.4 Pinggir pantai
(s) menyatakan konsep pinggir pantai dan pantai seimbang;
(t) menghuraikan cara hakisan pantai (hidraul, lelasan, geseran, larutan, dan lagaan);
(u) menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan pantai (ombak, pantai, arus, bahan mendak, batuan, dan cerun pantai);
(v) mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan muka bumi pinggir pantai (tebing tinggi, batu bonjol, tanjung, dan teluk);
(w) menghuraikan cara pengangkutan bahan pantai (hanyutan pesisir pantai, golekan, dan seretan);
(x) menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir pantai (tenaga, arus, ombak, pasang surut, cerun, halangan, orientasi pantai, saiz bahan, dan jenis bahan);
(y) menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pemendapan (tenaga, arus dan ombak, kecerunan, angin, pasang surut, tumbuhan, orientasi pantai, jenis dan saiz bahan mendak, dan tindakan manusia);
(z) menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan pantai terhadap aktiviti manusia.
2.4 Kaitan sistem geomorfologi dengan manusia
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan kaitan sistem geomorfologi dengan aktiviti manusia (pertanian, petempatan, pelancongan, perlombongan, pengangkutan, dan perindustrian).
Kepentingan sistem geomorfologi kepada kehidupan manusia
Tanah tinggi, tanah pamah, pantai, sungai, dan gunung berapi mempengaruhi aktiviti manusia
2.5 Kemahiran amali sistem geomorfologi
Calon seharusnya dapat:
(a) mentafsir peta topografi, peta lakar, dan gambar foto;
(b) mengira keluasan, lampauan tegak, kecerunan, dan relief bandingan;
(c) melukis profil rentas dan profil panjang sungai, dan keratan rentas bentuk muka bumi;
(d) menginterpolasi, memplot, dan mentafsir garisan kontur;
(e) mentafsir ciri muka bumi dan saliran;
(f) menjelaskan kaitan sistem geomorfologi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan