17 Jun 2012

SISTEM BUMI


TEMA 1:    SISTEM BUMI
KONSEP SISTEM

1.         Sistem  satu set  himpunan objek – objek/  angkubah-angkubah
2.         Objek / angkubah
-     Berkaitan antara satu sama
-     Berupaya bertindak bersama-sama sebagai satu organisasi  kompleks



CIRI-CIRI SISTEM

1.         Semua jenis sistem  berbentuk struktur / organisasi tertentu
2.         Bersifat umum
3.         Berfungsi
4.         Terdapat pertalian
5.         Membenarkan  perpindahan bahan
6.         Sumber tenaga daya penggerak pemindahan bahan
7.         Bersifat-sifat gabungan/integrasi antara angkubah-angkubah
8.         Sempadan  jelas / arbitari.


JENIS-JENIS SISTEM


SISTEM TERPENCIL

1.         Tiada sebarang bentuk interaksi antara angkubah-angkubah dgn alam sekitar melepasi sempadan .
2.         Tiada penukaran tenaga / bahan dgn alam sekitarnya
3.         Contoh: Ujikaji-ujikaji sains di makmal

SISTEM TERTUTUP

1.   Ada sempadan halang kemasukan bahan, tetapi membenarkan kemasukan tenaga.
2.   Contoh:  Sistem bumi.
  
SISTEM TERBUKA

1.   Sempadan yang jelas membenarkan kemasukan tenaga dan bahan.
2.   Contoh:   Ekosistem tasik.


SISTEM SURIA

1.         Matahari, 9 buah planet,komet,asteroid, meteoroid,awan dan habuk .
2.         Ia berada dalam galaksi Bima Sakti.
3.         Matahari - pusat dlm sistem suria satu-satunya bintang dalam sistem ini.
4.         Medan graviti  mengawal semua jasad dalam sistem suria .
5.         Kesemua jasad beredar  mengikut orbit  berbentuk elips/bujur .
6.         Perihelion - planet paling dekat dengan matahari
7.         Afelion - planet paling jauh dari matahari .


PLANET DALAM SISTEM SURIA

Planet
Jarak dari Matahari (Juta km)
Masa (Hari mengelilingi Matahari)
Utarid
57.9
89.96
Zuhrah
108.2
225
Bumi
149.5
365
Marikh
227.9
687
Musytari
778.3
4343
Zuhal
1427
10767
Uranus
2870
30700
Neptune
4497
602575
Pluto
5900
90502













Sistem Bumi

Komponen dalam Sistem bumi
·        Atmosfera
·        Hidrosfera
·        Biosfera
·        Litosfera

Keempat-empat sfera adalah saling berhubung kait antara satu sama lain

Atmosfera

n Atmosfera ialah lapisan udara yang mengelilingi bumi dan mempengaruhi cuaca
n Mengandungi beberapa jenis gas seperti
n Nitrogen    78%
n Oksigen     21%
n Argon                    0.90%
n Kabon dioksida     0.03%
n Wap air                 0.07%

Lapisan Atmosfera

n Troposfera
n Stratosfera
n Mesosfera
n Termosfera
n Eksosfera
n Setiap lapisan mempunyai suhu dan tekanan yang berbeza

Troposfera
n Lapisan paling dekat dengan permukaan bumi
n Terbentang sehingga 18 km dari paras laut
n Mempunyai tekanan udara yang tinggi kerana tarikan graviti bumi
n Mempunyai kandungan udara yang sesuai untuk kehidupan
n Kejadian cuaca – zon turbulen
n Suhu berkadar songsang – menurun dengan ketinggian
n Dipisahkan oleh lapisan tropopaus

Stratosfera
n Terbentang sehingga 18 hingga 50 km di atmosfera
n Mengandungi gas ozon
n Suhu berkadar langsung – meningkat mengikut ketinggian

Mesosfera
n Terletak di atas lapisan stratosfera
n Antara 50 km 80 km dari permukaan bumi
n Tekanan udara rendah
n Suhu berkadar songsang
n Tekanan udara rendah
n Berlaku proses pembakaran meteorit
n Dipisahkan oleh garisan mesopaus

Termosfera
n Antara 80- hingga 600 km dari permukaan bumi
n Suhu berkadar terus
n Tekanan udara rendah
n Terdapat zarah zarah bercas – ion
n Penting dalam bidang telekomunikasi – gelombang radio
n Mempunyai jaluran cahaya yang dipanggil aurora

Eksosfera
n Udara nipis
n Lapisan paling luar
n Selepas 700 km udara menjadi vakum
n Mengandungi gas gas ringan seperti helium dan hidrogen


Rumusan Kepentingan Atmosfera Kepada Sistem Bumi
1.              
2.             Untuk biosfera  - manusia, haiwan, tumbuhan hidup dan bernafas – kandungan udara dan gas (oksigen, karbon dioksida dan lain lain)
3.              
4.             Tempat berlakunya fenomena cuaca – kitaran hidrologi, proses sejatan, proses pemeluwapan dan turun kerpasan 
5.             - lapisan troposfera mengandungi lapisan ozon yang penting untuk menapis sinaran ultra ungu yang berbahaya
6.             – lapisan stratosfera penting untuk aktiviti perhubungan dan komunikasi – menempatkan satelit – lapisan termosfera
7.             Proses pembakaran meteorit berlaku di lapisan mesosfe
RAJAH MENUNJUKKAN STRUKTUR MENEGAK ATMOSFERA

HIDROSFERA

n  Merujuk kepada semua jisim air yang berada di permukaan bumi, dalam bumi dan di atmosfera
n  Merupakan 70% daripada keseluruhan bumi
n  Punca utama air ialah laut dan lautan , sumber lain ialah air bawah tanah, tasik, sungai dan glasier.
n  Kepentingan hidrosfera :
  1. sebagai sumber air kepada kehidupan
  2. habitan pelbagai haiwan dan tumbuhan akuatik
  3. pembekal sumber makanan
  4. tempat mencari rezeki
  5. jalan perhubungan dan pengangkutan

LITOSFERA

n  Lapisan paling atas bumi meliputi kerak bumi dan mantel
n  Bersifat pepejal
n  Membentuk daratan dan dasar lautan
n  Ketebalan berbeza  (tebal di daratan berbanding dengan dasar lautan)
n  Kepentingan litosfera:
  1. menyediakan habitat kepada pelbagai hidupan di bumi
  2. menyediakan tanih yang penting untuk pertanian
  3. menyediakan tempat untuk pelbagai aktiviti ekonomi
  4. hasil mineral menggalakkan aktiviti perlombongan

BIOSFERA
n merangkumi manusia, haiwan, tumbuhan dan organisma lain


SALING KAITAN ANTARA SFERA

A.            1. Terdapat saling kaitan dan interaksi berlaku antara atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera
B.            2. Tumbuhan hijau menjadi sumber makanan kepada kebanyakan haiwan
C.           3. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari dan air , gas karbon dioksida untuk melakukan proses fotosintesis – karbon dibebaskan melalui pernafasan manusia dan haiwan
D.           4. Manusia memerlukan oksigen untuk bernafas – oksigen dibebaskan oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis
E.            5. Akar tumbuhan menyerap air dan mineral dari lapisan litosfera
F.            6. Mineral kembali ke lapisan litosfera melalui pereputan dan penguraian apabila haiwan yang makan tumbuhan itu mati (kitaran nutrient)
G.           7. Proses ini berterusan mewujudkan keseimbangan dalam sistem bumi.




SIFAT-SIFAT BUMI

1.         Berbentuk sfera.
2.         Garis pusat khatulistiwa  (12716km).
3.         Keluasan seluruh permukaan bumi  510juta km persegi (29%  daratan & 71%  air)


KECONDONGAN BUMI

1.         Bumi berputar pada paksinya yang condong  pada sudut 23½° daripada satah menegak yang bersudut tepat pada orbitnya.
2.         Kesannya pada 21 Jun (solstis musim panas) dan pada 22 Dis (solstis musim sejuk)


PERGERAKAN BUMI

1.         Bumi bergerak dan berputar atas paksi dari barat ke timur sambil beredar mengelilingi matahari.
2.         2 cara pergerakan bumi iaitu:-
a.         Putaran
b.         Peredaran


PUTARAN BUMI

1.         Bumi berputar di atas paksinya yang condong pada sudut 23½° pada satah tegak.
2.         Bumi berputar dari barat ke timur.
3.         Satu putaran - 24 jam
4.         Kesan putaran bumi:-
i)          Kejadian siang dan malam
ii)         Fenomena air pasang dan surut
iii)         Pembiasan  angin


FENOMENA AIR PASANG DAN SURUT

1.         Tarikan graviti bulan  menarik air laut di bumi yang menghadap ke bulan.
2.         Air pasang perbani - air pasang besar (graviti bulan dan matahari bertindak bersama).
3.         Air pasang anak -  air pasang minima (bulan,matahari dan bersudut tepat).


EDARAN BUMI

1.         Bumi beredar mengelilingi matahari di orbit berbentuk elips.
2.         Satu putaran lengkap 365 hari / 1 tahun.
3.         Kesan:-
i)          Kejadian 4 musim.
ii)         Gerhana bulan dan matahari.


KEJADIAN 4 MUSIM

1.         Ekuinoks Musim Bunga (21 Mac)
-           Tegak di garisan khatulistiwa.
-           Musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan.
-           Siang dan malam  sama panjang.

2.         Solstis Musim Panas (21 Jun)
-           Matahari tegak di garisan sartan di hemisfera utara.
-           Musim panas di hemisfera utara dan musim sejuk di hemisfera selatan.
-           Siang dan malam tidak sama panjang. 24 jam siang di kutub utara dan 24 jam malam di kutub selatan.

3.         Ekuinoks Musim Luruh (23 September)
-           Matahari tegak di garisan khatulistiwa.
-           Musim luruh di hemisfera utara dan musim bunga di hemisfera selatan.
-           Siang dan malam  sama panjang.

4.         Solstis Musim Sejuk (22 Disember)
-           Matahari tegak di garisan jadi di hemisfera selatan.
-           Musim sejuk di hemisfera utara dan musim panas di hemisfera selatan.
-           Siang dan malam tidak sama panjang. 24 jam siang di kutub selatan dan 24 jam malam di kutub utara.

GERHANA MATAHARI

Berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi.


GERHANA BULAN

Berlaku apabila bumi berada di antara matahari dgn bulan.


TENAGA

Satu daya / kemampuan  mengoperasikan kerja/menghasilkan sesuatu.


JENIS-JENIS TENAGA

1.         Tenaga eksogenik

Berpunca dari luar bumi iaitu  matahari.  Diterima  dalam bentuk bahangan yang  ditukar kepada tenaga haba. Setelah digunakan ia akan bertukar kepada bentuk tenaga yang lain. Contoh:  tenaga kinetik dan tenaga haba.

2.         Tenaga endogenik

Berpunca dari perut bumi seperti tenaga graviti, rodiogenik dan tenaga haba. Penting untuk proses-proses tektonik kerak bumi seperti gempa bumi, gunung berapi, lipatan, gelinciran dan lain-lain.

3.         Tenaga kinetik/Pergerakan
           
Contoh: Air yang mengalir melalui alur sungai  mengubah bentuk-bentuk muka bumi lir.

4.         Tenaga keupayaan

Terpendam dalam sesuatu jasad  boleh digunakan pada bila-bila masa. Contoh:  Spring yang belum dilepaskan.

5.         Tenaga haba

Kepanasan sesuatu jisim yang diukur dlm unit darjah celcius (°C). Terbahagi kepada 2 iaitu:-

i.                     Tenaga haba rasa (tenaga yang terkena sesuatu permukaan sehingga  menjadi panas).
ii.                   Tenaga haba pendam (tenaga  terkandung dalam sesuatu jisim sehingga ia dibebaskan)


PEMINDAHAN TENAGA SURIA

1.         Pengaliran      -           Pertembungan jisim panas dan jisim sejuk (mengalir dari jisim panas ke jisim sejuk).

2.         Perolakan       -           Cecair yang mengalir bersentuhan dengan jisim pepejal/ cecair yang berlainan suhu.

3.         Sinaran           -           Bentuk gelombang elektromagnet. 
a)         Gelombang pendek-perpindahan tenaga suria ke sistem bumi.
b)         Gelombang panjang - tenaga bumi / sinaran bumi dibebaskan ke atmosfera.


FAKTOR PERBEZAAN PENERIMAAN TENAGA DARI MATAHARI

1.         Tempoh masa siang dan malam di kawasan berlainan iklim.
-           Khatulistiwa tiada perbezaan ketara.
-           Kutub pada waktu tertentu siang dan malam 24 jam.

2.         Sifat lapisan atmosfera
-           Komposisi
-           Ketebalan
-           Kelutsinaran
Contoh:   Kawasan gurun panas lapisan atmosfera nipis.

3.         Sudut pancaran
-           Sudut tepat terima haba tinggi dan pancaran bertumpu.
-           Sudut serong pancaran tersebar dan tenaga matahari tersebar.sinaran suria ambil masa lebih lama sampai ke bumi.

4.         Faktor perihelion dan afelion
-           Perihelion terima banyak tenaga suria.
-           Afelion kurang tenaga suria.

5.         Ciri litupan permukaan bumi (albedo)
-     Warna permukaan gelap lebih banyak serap tenaga suria berbanding cerah.
-     Tekstur dan struktur
-        Tekstur kasar dan kasap lebih banyak serap haba berbanding licin.
-        Struktur mendatar lebih banyak serap haba berbanding menegak.
-        Apek dan ketinggian
-        Menghadap matahari terima lebih banyak haba berbanding terlindung.
-        Tempat tinggi-jisim udara nipis terima banyak tenaga matahari.
-        Permukaan daratan /air.
-        Daratan lebih cepat panas berbanding lautan.



PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM

1.         Sistem atmosfera
Contoh: Kejadian hujan, tiupan angin dan sebagainya.

2.         Sistem geomorfologi
Contoh: Luluhawa, hakisan, pengangkutan dan pemendapan berlaku dgn adanya tenaga haba.

3.         Sistem hidrologi
Kitaran hidrologi

4.         Sistem ekologi
Ekosistem- rantaian makanan


PERANAN TENAGA SURIA TERHADAP HIDUPAN DI BUMI

1.         Flora dan fauna.
- Proses fotosintesis

2.         Bahan api
Bahan fosil - arang batu

3.         Kehidupan manusia

4.         Pelbagai kegunaan lain
-Tenaga suria




PENGARUH TENAGA SURIA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA DI PERMUKAAN BUMI


PERTANIAN

-           Kawasan tropika pertanian sepanjang tahun. Pelbagai jenis tanaman seperti getah padi dan lain-lain.
-           Kawasa iklim sederhana pertanian mengikut musim. Contoh: Epal anggur dan lain-lain.

PERIKANAN

-           Kawasan tropika perikanan sepanjang tahun,pembiakan plankton dan pembentukan terubu karang.
-           Kawasan sejuk perikanan mengikut musim dan laut beku.

PEMBALAKAN

-           Kawasan tropika pembalakan sepanjang tahun,tumbesaran hutan banyak.
-           Kawasan bermusim pembalakan  dimusim sejuk.

PELANCONGAN

-           Kawasan tropika pelancongan sepanjang tahun. Menarik pelancong dari negara bermusim.
-           Kawasan bermusim menarik pelancong dari negara tropika.

PENTERNAKAN

-           Kawasan tropika sepanjang tahun.
-           Kawasan bermusim penternakan mengikut musim. Musim panas dilepaskan dan musim sejuk dikandang.

PERINDUSTRIAN

-           Kawasan tropika. (Industri kecil dan sederhana – Contoh: Industri pengeringan ikan, batik, kraf tangan).
-           Kawasan bermusim perindustrian mengikut musim.



15 ulasan:

  1. terima kasih, nota ringkas, mudah faham~!!!

    BalasPadam
  2. terima kasih...banyak membantu ^_^

    BalasPadam
  3. salam , cikgu sya ada amik nota cikgu untuk rujukan sy menempuhi stpm..terima kasih..

    BalasPadam
  4. terima kasih atas nota ringkas ini. Sangat membantu :)

    BalasPadam
  5. semoga bermanfaat kepada semua..hanya ini sumbangan saya sekadarnya..kekurangan minta dimaafi

    BalasPadam
  6. maksud gelombang pendek apa

    BalasPadam
  7. maksud gelombang pendek apa

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas nota ini

    BalasPadam
  9. Terima kasih di atas nota ini
    Senang buat kerja skolah

    BalasPadam
  10. salam cikgu, mohon saya guna maklumat data penerangan ini dalam kajian universiti saya dalam menghadapi peperiksaan akhir atas talian. terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  11. Tq fr info. Cuma da lma tggal alam sekolah so susah sikit nk catch up . Btw membantu jg sbb mybe nk cont amik STPM lpas ni. 😊

    BalasPadam
  12. Jelaskan kepentkngan komponen sistem bumi kepada kehidupan?

    BalasPadam