VIDEO GEOGRAHPY

Loading...

01 Mei 2018

SOALAN RAMALAN PENGGAL 2 2018


Bahagian A : ALAM SEKITAR FIZIKAL [40 markah]

Jawab soalcm 1 dan satu soalan lain sama ada soalan 2 atau soalan 3.
1 a) Terangkan konsep tekanan udara.                                                                                      [3]
Tekanan udara adalah berat udaralm yang menekan sesuatu ruang di permukaan bumilmyang berkadar songsang dengan suhu]m.
(b) Huraikan dua daya yang mempengaruhi tiupan angin.                                                   [4]
bl Daya Koriolis
Daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya. Ianya bertindak memesongkan pergerakan angin dunia.
b2 Daya Putaran Memusat
Merujuk pergerakan angin yang disebabkan pengruh siklon dan antisiklon. Daya akan terhasil apabila angin yang bergerak secara berputar menghasilkan daya tarikan kearah pusat putaran tersebut.
b3 Daya Geseran
Merujuk kepada angin yang bertiup bergeseran dengan permukaan bumi. Kelajuan angin dipengaruhi oleh keadaan permukaan bumi yang gondol atau berhalangan. Daya geseran bertentangan dengan pergerakan angin semakin banyak daya geseran maka kelajuan angin akan berkurangan.
b4 Daya CerunTekanan
Ianya terjadi akibat perbezaan Tekanan UdaraTinggi dan Tekanan Udara Rendah. Daya ini terbentuk akibat suhu yang berbeza di sesetengah kawasan sehingga menyebabkna angin bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan yang mengalami tekanan rendah.

(c) Jelaskan proses pembentukkan Angin Monsun limur Laut.                                             [4]
Berlaku semasa hemisfera utara mengalami musim sejuk iaitu dari bulan November hingga mac1M. Suhu yang sejuk ini menyebabkan kawasan utara seperti sekitar pedalaman asia iaitu dataran tinggi Tibet, Siberia dan monggolia mengalami tekanan udara tinggi1M. Pada masa yang sama, kawasan sederhana Hemisfera selatan mengalami suhupanas1M. Ini menyebabkan kawasan ini seperti sekitar benua Australia dan lautannya mengalami tekanan udara rendah1M. Perbezaan tekanan udara ini menyebabkan berlaku pergerakan angin dari kawasan bertekanan tinggi iaitu pedalaman Asia bergerak ke kawasn bertekanan rendah iaitu ke benua Australia1M
Pemarkahan : 4 isi x lm = 4m
  

(d) Huraikan dua kesan angin monsun timur laut terhadap aktiviti manusia di kawasan
pinggir pantai.                                                                                                                      [4]
Kesan Angin Monsun Timur Laut
Aktiviti Manusia
< 
I. Hujan lebat
Aktiviti pcrtanian terjcjas/terganggu
Angin Monsun Timur Laut yang bertiup ketika musim sejuk di Hemisfera Utara menyebabkan kegiatan pertanian di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terjejas kerana tanaman musnah ditenggelami air.
2. Tiupan angina yang kencang
Aktiviti perikanan terjejas/terganggu
Ketika tiupan Angin Monsun Timur Laut, kegiatan perikanan di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terganggu kerana ombak besar dan laut bergelora menghalang nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan.
2. Ombak besar/ Laut bergelora
Aktiviti pelancongan terganggu/ tergendala di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Angin kencang / laut bergelora / ombak tinggi -berbahaya kepada pelancong.
3. Ombak besar/Laut bergelora
Di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia - pengangkutan pesisir pantai ( feri, bot pelancong ) tergendala . Angin kuat, laut bergelora , ombak tinggi - berbahaya kepada bot kecil.
4.Hujan berpanjangan
Industri Kecil dan Sederhana (lKS)Musim hujan terganggu/ tergendala di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia - kur^ng bahangan matahari. Contoh - dobi pakaian , menjemur ikan , pasii.
5. Hujan berpanjangan
Aktiviti/ kerja-kerja pembinaan terganggu, batu-bata lambat kering, kerja mengecat bangunan di bahagian luar terganggu - ambil masa lebih lama - kos pengeluaran meningkat.







2 (a) Bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi mikro iklim bandar.


AKTIVITI
PROSES
PENGARUH
a 1
Aktiviti Penebangan Pokok
- Pokok ditebang untuk pembinaan bangunan dan infrastruktur menyebabkan sejat-peluhan berkurangan dan peningkatan gas karbon dioksida.
-      Kelembapan berkurangan
-      Suhu meningkat- menggalakan kejadian pulau haba
-      Tekanan rendah
-      Peningkatan halaju angin
a 2
Aktiviti Pengangkutan
-       Penjanaan Haba daripada kenderaan-pengunaan bahan api fosil
-       Perlepasan asap bertoksik yang mempunyai gas karbon monoksida - memerangkap haba
-      Peningkatan suhu
-      Peningkatan hujan- pembentukan nukleus higroskopik
-      Tekanan menjadi rendah
-      Peningkatan halaju angin
a 3
Aktiviti Perindustrian
- Perlepasan bahan-bahan pencemar dan gas-gas rumah hijau karbon, sulfur dll-gas bersifat lutsinar kepada bahangan matahari dan legap kepada bahanga bumi-haba akan diperangkap.
-      Peningkatan suhu
-      Peningkatan hujan- pembentukan nukleus higroskopik
-      Tekanan menjadi rendah
-      Peningkatan halaju angin
-      Jerebu- keamatan cahaya berkuranagn kerana bandar dipenuhi dengan partikulat terampai seperti habuk,debu asap dan gas beracun
-      Hujan as id
a 4
Aktiviti Pembinaan Bangunan
-       Kawasan bandar menjadi kawasan tepu bina- perangkap haba
-       Bangunan tinggi - menghalang aliran udara
-       feds bahm kookrit- menyerap dan menyimpan haba
-      Peningkatan suhu
-      Pembentukan pusaran angin dan kejadian badai
a 5
Aktiviti pertambahan permukaan tidak telap air dibandar
- Aktiviti pembinaan jalan raya, medan letak kereta,lorong pejalan kaki dengan bitumen dan aspalt- , menyerap haba pada waktu siang dan melepaskan haba pada waktu malam
Berkurangannya lembapan untuk disejat Peningkatan suhu
a6
Aktiviti Penggunan CFC dan Pembakaran terbuka oleh penduduk bandar
-       Penggunaan alat yang banyak membebaskan CFC seperti alat penghawa dingin,
aerosol, industry foam seperti kusyen,tilam, dll akan menyebabkan lapisan ozon menipis-sinaran uv akan meningkat
-       Pembakaran sampah sarap dan bahan buangan penduduk
-      Lapisan ozon menipis menyebabkan sinaran uv meningkat dan suhu akan meningkat
-      Pelepasan asap dan gas-gas rumah hijau-suhu akan meningkat.

a 7
Aktiviti pembinaan taman dalam bandar atau mewujudkan kawasan hijau
-       Menanam tumbuhan- tumbuhan dikawasan bandar- akan meningkatan sejat- peluhan
-       Tumbuhan boleh menyerap gas karbon yang bertindak memerangkap haba
Peningkatan kelembapan udara
Penurunan suhu
a 8
Aktiviti Pembinaan badan air
- Pembinaan kolam dan air pancut-akan meningkatkan sejatan dan melembapkan udara
Kelembapan meningkat Suhu menjadi rendah
a 9
Aktiviti Penggunaan Pengangkutan Awam dan kenderaan yang mesra alam
-       Pengunaan pengangkutan awam mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk kedalam bandar- mengurangkan perlepasan gas karbon monoksida dan karbon dioksida
-       Penggunaan pengangkutan awan atau kenderaan mesra alam mengurangkan penggunaan bahan api fosil- mengurangkan perlepasan gas karbon monoksida, karbon dioksida dan sulfur monoksida dll.
Merendahkan s
(b) Bincangkan kesan perubahan mikro iklim bandar terhadap alam sekitar. [13]
bi : Kesan kepada Alam sekitar fizikal


FAKTA
HURAIAN
bi 1
Perubahan Suhu
- Suhu meningkat- udara menjadi kering-cuaca menjadi panas
bi 2
Perubahan Hujan
- Kekerapan hujan dikawasan bandar-bahan pencemar akan menghasilkan banyak nukleus higroskopik yang membentuk titisan hujan
bi 3
Perubahan Tiupan angin
- Peningkatan suhu akan menyebabkan tekanan kawasan bandar menjadi rendah- kawasan luar mempunyai tekanan tinggi- angin akan menyerbu masuk dengan halaju tinggi
bi 4
Gangguan kepada proses fotosintesis
-      pencemaran udara seperti habuk dan dan uakan menutupi permukaan daun menyebabkan tumbesaran tumbuhan terbantut.
-      suhu tinggi-sejatan akan meningkatan-kadar




kehilangan air tinggi-tumbuhan layu
bi 5
Kehadiran Bahan Pencemar-hujan asid
- Kandungan udara yang tercemar dengan dengan gas sulfur dan karbon akan menyebabkan pembentukan hujan asid dan ini memberi kesan pula kepada ekosistem hutan, mengurangkan kesuburan tanih dan menjejaskan hidupan akuatik.






bii: Kesan kepada Alam sekitar manusia


FAKTA
HURAIAN
bii 1
Menjejaskan Kesihatan Penduduk
Peningkatan suhu- cuaca panas- menyebabkan penduduk akan kehilangan banyak air- menyebabkan deman , dehidrasi dan stroke haba
bii 2
Penyakit Kulit dan Mata
Suhu yang tinggi akan menyebabkan pendedahan cahaya terutamanya Sinar Ultraviolet pada mata akan berlebihan dan berpanjangan akan menyebabkan penyakit pada mata seperti kataraks Pendedahan suhu yang tinggi-kulit menjadi kering dan boleh menyebabkan kanser kulit.
bii 3
Meningkatkan Kos Hidup
Peningkatan suhu- keperluan pemasangan alat penghawa dingin. Peningkatan kos untuk memasang alat penghawa dingin dan kos bii elektrik
bii 4
Mengurangkan aktiviti riadah
Cuaca panas -Aktiviti bersukan, riadah dan bersiar-siar dikawasan bandar akan terganggu, penduduk lebih gemar berada dalam rum ah.
bii 5
Ketidakselesaan penduduk
Keselesaan penduduk teijejas, badan cepat berpeluh menjejaskan urusan dengan orang ramai, badan cepat letih dan lesu.
Bii6
Aktiviti Perniagaan meningkat
Perniagaan air, alat penghawa dingin, kipas atau alat penyejuk akan meningkat bagi memenuhi keperluan penduduk bandar.

Pemarkahan :
6 x 2m + lm (bagi calon yang ada kesan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia)=13m
• Calon yang memberikan kesan fizikal sahaja atau kesan manusia sahaja maksimum 10 markah.


Proses
Huraian
ai. Larian air permukaan
Air hujan yang turun sebahagiannya akan meresap ke dalam tanali dan selepas tanah dipenuhi air, air hujan yang lain akan mengalir di atas permukaan bumi atau cerun. (Kelebatan hujan melebihi kadar resapan tanah).
aii. Resapan/infiltrasi /susupan
Pergerakan air hujan yang berlaku secara menegak iaitu menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara yang ada dalam tanah. Tanah pasir mempunyai kadar ketelusan yang tinggi kerana liang pori batuannya besar dan banyak. Proses ini membekalkan air tanih.
aiii. Aliran airbavvah tanah
Air mengalir secara perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. la mengalir kerana terdapat perbezaan tekanan dan kecerunan.Air dari bahagian atas zon tepu mengalir menuruni cerun aras mata air dan akan sampai ke lurah dan meresap keluar ke sungai, tasik atau pay a.
aiv. Simpanan air tanih
Simpanan air tanih adalah yang terkumpul di zon tepu dan zon tidak tepu. Air tanih di zon tepu ialah air yang wujud di dalam semua rongga pori tanih yang terletak di bawah lapisan tanih yang mana menyumbang kepada air perigi dan mata air. Manakala air yang tersimpan di zon pengudaraan iaitu zon tidak tepu terletak berhampiran di permukaan bumi. Air tanih ini tersimpan dalam tanih dan dipengaruhi oleh tegangan, dan air tanih ini menentukan nilai kelembapan tanih.
av. Keporosan dan
Sifat sesuatu batuan yang mempunyai liang atau ruang antara batuan yang boleh ditakungi oleh air bawah tanah. Keporosan sesuatu tanah di pengaruhi oleh struktur susunan partikel tanah, komposisi saiz partikel tanah, kandungan air di dalam tanah, ciri-ciri batuan dan litupan tumbuh-tumbuhan.
Avi. Ketelapan
Bergantung kepada struktur dan tekstur tanih. Tanah yang berstruktur longgar dan bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih cepat menyerap air.
Avii. Akuifer
Akuifer ialah tempat batuan untuk menakung air. Air akan meresap perlahan-lahan ke bawah tanah melalui liang-liang batuan dan resapan akan terhenti apabila telah sampai ke batuan tidak telap air. Akuifer juga merupakan tempat simpanan air bawah tanah dan juga nadi untuk pergerakan air bawah tanah.
3( a) Huraikan proses edaran air tanih.
                       



[12]
Pemarkahan : 6 isi (proses) x 2m - mak 12m




( b) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia mempemgaruhi simpanan air tanih. [13]

Aktiviti
Cara/Proses
Kesan
bl Aktiviti Penyahhutanan / pembalakan
Penebangan pokok/ pemusnahan pokok- ketiadaan proses pintasan air hujan yang mengurangkan resapan dan kelajuan aliran permukaan
Aktiviti penyahhutanan akan mengurangkan pintasan ini, kesannya air hujan akan jatuh secara terus ke permukaan bumi. Jatuhan air hujan secara terus dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan air hujan tersebut cenderung untuk mengalir di atas permukaan dalam bentuk aliran air permukaan. Ketiadaan akar banir mengurang keupayaan untuk menghalang larian air permukaan Kesannya air tanih berkurangan kerana kurang resapan air ke dalam tanah
b2 Aktiviti Penurapan / penyimenan permukaan
Penggunaan tar dan simen menutupi liang pori tanah untuk proses resapan
Aktiviti penurapan atau penyimenan permukaan khususnya di kawasan bandar akan menghalang resapan air ke dalam tanah. Penggunaan tar atau simen akan menutup liang-liang pori tanah. Air hujan tidak berupaya untuk meresap ke dalam tanah. Air hujan ini akan mengalir di atas permukaan dalam bentuk larian air permukaan dan mengurangkan resapan ke dalam tanah dan menyebabkan simpanan air tanih semakin berkurangan
b3 Aktiviti Pengangkutan dan perhubungan
Tanah paya dikeringkan/ ditebus guna/ di alir keluar
Pembinaan sistem pengangkutan menyebabkan banyak tanah paya yang ditebus guna. Ini akan mengurangkan simpanan air tanih kerana air paya akan di alir keluar dan dikeringkan.
b4 Aktiviti pertanian
Pembersihan tanah akan mendedahkan tanah kepada bahangan - meningkatkan sejatan dan aliran permukaan
Aktiviti pembersihan tanah untuk pertanian (tebang dan bakar)akan mendedahkan permukaan tanah kepada bahangan matahari dan menggalakkan proses sejatan. Selain itu akan mengurangkan resapan air tanih dan menggalakkan air larian permukaan. Ini mengurangkan simpanan air tanih. Pembinaan parit di kawasan pertanian juga akan mengurangkan simpanan air tanih
b5 Aktiviti Petempatan
Pembersihan tanah akan mendedahkan tanah kepada bahangan - meningkatkan sejatan dan aliran permukaan
Aktiviti pembersihan tanah untuk pembinaan rumah petempatan (tebang dan bakar) menggalakkan proses sejatan yang akan mengurangkan simpanan air tanih. Air larian permukaan meningkat dan resapan semakin berkurangan kerana banyak kawasan yang telah diturap dengan simen dan tar
b6 Aktiviti pembinaan
Pembersihan tanah akan mendedahkan tanah kepada bahangan - meningkatkan sejatan dan aliran permukaan kerana keija-kerja penurapan
Aktiviti pembinaan akan mengurangkan simpanan air tanih. Kerja- kerja pembersihan (tebang dan bakar) akan menggalakkan sejatan air tanih dan mengurangkan resapan air tanih. Keija-kerja penurapan simen juga akan mengurangkan resapan air tanih dan menggalakkan air larian permukaan. Simpanan air tanih akan berkurangan


b7 Aktiviti harian
Aktiviti menggali telaga dan boreng
Penggunaan air yang berlebihan untuk aktiviti harian (membasuh, mandi dll) akan mengurangkan simpanan air tanih. Kegiatan menggali perigi dan pengepaman air melalui boring menyebabkan air bawah tanah menyusut-
i
b8 Aktiviti penanaman semula pokok/ Penghutanan semula
Meningkatkan pintasan air hujan melalui kanopi dan memperlahankan aliran permukaan menggunakan akar banir- menggalakkan resapan
Penanaman semula pokok/ penghutanan semula akan meningkatkan simpanan air tanih. Ini kerana lapisan kanopi tumbuhan ( daun, dahan dan ranting) menjadi pintasan titisan air hujan yang jatuh ke permukaan bumi. Akar banir pokok juga dapat memperlahankan air larian permukaan. Proses ini akan menggalakkan resapan air ke dalam tanih dan meningkatkan simpanan air tanih.

Pemarkahan : mana-mana 4 isi x 3m + kesimpulan = mak 13m







4 a) Huraikan satu aspek saling kebergantungan dalam konteks kerjasama serantau di
kawasan Asia Pasiflk                                                                                                        [3]
Aspek Saling Kebergantungan
Huraian
Contoh
ai.Pelaburan
Negara yang tidak cukup modal seperti negara membangun terpaksa bergantung kepada negara maju yang mempunyai banyak modal untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi
Negara USA telah membuat pelaburan di Malaysia dalam bidang eksploitasi sumber alam spt minyak, gas,hutan.
aii.Teknologi
Pemindahan teknologi dan kepakaran dari negara maju ke negara mundur / sedang membangun
Singapura memindahkan teknologinya ke Riau, Johor dll
aiii.Pasaran
Sesebuah negara itu boleh memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan ke negara lain
Barangan dari Singapura dan Malaysia dipasarkan ke Indonesia dan Malaysia
aiv.Bekalan Buruh
Kekurangan buruh sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan buruh.
Malaysia amat bergantung kepada buruh-buruh Indonesia dalam sektor perladangan dan pembinaan
av.Bahan Mentah & Sumber Tenaga
Negara yang tidak mempunyai bekalan bahan mentah dan sumber tenaga yang cukup tidak boleh menggerakkan sektor industrinya.
Malaysia bergantungkepada Thailand untuk mendapat bekalan beras


*Pilih satu aspek SAHAJA

b) Bagaimanakah Malaysia mendapat faedah daripada pakatan ekonomi serantau [6]
Fakta
Cara/Kaedah
Contoh/Kesan
bi.Mengurangkan Monopoli Pasaran
Pakatan ekonomi serantau dapat mengurangkan monopoli pasaran oleh negara- negara kaya.
Penguasaan pasaran oleh negara Amerika dapat dikurangkan
bii.Mengelakkan
Monopoli
Kewangan
Monopoli negara-negara kaya dalam sektor kewangan dapat dikawal.
Negara pakatan akan berkongsi sektor kewangan sesama sendiri
biii.Mengurangkan
Kebergantungan
Modal
Caranya melalui galakan dalam kalangan negara anggota melabur kedalam negara anggota yang lain
Pelaburan dalam negara- negara ASEAN
Biv. Mengurangkan Dominasi Teknologi dan Kepakaran Asing
Negara anggota yang mempunyai teknologi dan kepakaran yang tinggi perlu berkongsi teknologi den kepakaran dengan negara anggota yang lain.
Teknologi perindustrian, pertanian,
perlombongan dll.
bv.Menjaga
Kepentingan
Bersama
Dibuat melalui perjanjian / MOU dalam kalangan negara anggota
Penjagaan Selat Melaka , Penjagaan Pencemaran merentasi sempadan
bvi.Meningkatkan Daya Saing Dengan Negara Maju
Barangan yang dihasilkan oleh negara pakatan perlu mempunyai kualiti yang tinggi supaya mampu bersaing dengan barangan yang dihasilkan oleh negara maju
Barangan elektrik, elektronik dll
bvii.Mengurangkan Kos Pengeluaran
Melalui mendapatkan bahan-bahan mentah dari negara-negara anggota serta mengurangkan cukai keatas bahan mentah yang di import dari negara anggota
Bahan Mentah Pertanian, perlombongan, perikanan dll
bviii.Pengkongsian Tenaga Buruh
Caranya, negara yang mempunyai lebihan tenaga buruh akan mengeksport tenaga buruh ke negara yang kekurangan tenaga buruh
Lebihan tenaga buruh dari Indonesia dihantar ke Singapura, Malaysia
bix.Pengkongsian Bahan Mentah
Bahan mentah yang didapati di sesetengah negara anggota akan dieksport ke negara anggota yang lain
Bahan Mentah Pertanian, perlombongan, perikanan dll

PEMARKAHAN = 2 ISI X 3 MARKAH

c) Jelaskan tiga masalah yang dihadapi oleh negara ASEAN dalam menjayakan kerjasama ekonomi serantau  [6]
ci.Persaingan sesama negara pengeluar
Sikap sesetengah negara anggota yang mementingkan negara sendiri berbanding dengan kepentingan negara anggota

cii. Dasar Unilateral
Sesetengah negara anggota ASEAN masih mengamalkan perdangan 'unilateral' iaitu tidak bergantung kepada negara lain
Myanmar masih lagi menjalankan dasar tutup pintunya.
ciii. Kuasa Beli
Pasaran dalam negara ASEAN masih rendah kerana faktor kemiskinan dan pendapatan yang rendah
Myammar, Loas
civ.Penurunan Nilai Matawang
Menyebabkan sistem ekonomi negara terlibat akan terjejas
Krisis matawang /kegawatan ekonomi
cv.Masalah Politik Dalaman
Wujud ketidakstbilan politik serantau menyebabkan iklim pelaburan menjadi tidak sihat.
Selatan Thai dan Selatan Filipina

al
Lembah Kelang (Shah Alam, Petaling jaya, Kelang ),
a2
Luar Lembah kelang (Bandar Baru Bangi, Kajang Teluk Panglima garang, Rawang )
a3
Bayan Lepas, Perai, Mak Mandin (Pulau Pinang )
a4
Sungai Petani, Mergong dan Kulim (Kedah)
a5
Lembah Kinta, Kemunting dan Tanjung Mating,Perak
a6
Paka - Kerteh (Terengganu)
a7
Gebeng, Semambu dan Bentong (Pahang)
a8
Pasir Gudang, Larkin, Tampoi dan Batu Pahat (Johor)
a9
Senawang (Negeri Sembilan)
alO
Air Keroh (Melaka)
all
Bintulu (Sarawak)
al2
Likas, Kok Kawi dan Kota Kinabalu (Sabah)
5 a) Nyatakan LIMA lokasi industri perkilangan di Malaysia.


[5]





b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi aglomerasi industri di Malaysia [10]

Fakta
huraian
bl
Dasar Kerajaan
Dasar kerajaan yang menyediakan kawasan/tapak khas untuk industri diletakkan secara berkelompok seperti di FTZ yang dilengkapi dengan utiliti, pengangkutan dan sebagainya.
Oleh itu industri -industri akan tertarik dan tertumpu di kawasan berkenaan kerana tidak perlu lagi menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut.
b2
Menyeimbangkan pembangunan kawasan
Menyeimbangkan pembangunan antara kawasan ekonomi maju dengan kawasan membangun dan mempelbagaikan ekonomi sesuatu kawasan yang selama ini banyak bergantung kepada ekonomi ekstraktif.
b3
Pengezonan semula guna tanah
Pengezonan semula guna tanah khususnya di bandar yang sudah padat dan tepu bina



B4
PerkongsianTeknologi dan Kepakaran
Memperolehi keuntungan daripada perkongsian kepakaran dan teknologi. Bagi sesetengah industri berkemungkinan memerlukan kepakaran dan teknologi yang sama.
b5
Penjimatan kos
Menjimatkan kos. Kos untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti akan menjadi lebih rendah kerana pengelompokan pelbagai jenis industri di kawasan yang sama. Misalnya industri pembuatan kereta diletakkan berdekatan dengan industri pembuatan tayar dan industri pembuatan cat, aksesori dan alat ganti. Kos pengangkutan (bahan mentah dan produk) juga dapat dijimatkan dengan pengelompokan industri. Kos pengeluaran adalah berkadar langsung dengan jarak yang boleh mempengaruhi perletakan industri samada berkelompok atau berselerak.
b6
Pasaran dan buruh
Pasaran dan buruh. Kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai akan menawarkan tenaga buruh yang mudah dan pasaran yang luas. Di Bandar besar juga mudah untuk memperolehi tenaga buruh yang mahir dan terlatih misalnya di UM, UKM, UPM, kolej, Institut kemahiran dsb. Pasaran lebih luas kerana saiz pasaran yang luas dan kuasa beli yang tinggi.
b7
Memperoleh keuntungan
perkongsian/kesan
pengganda
Untuk memperolehi keuntungan daripada perkongsian kemudahan asas seperti gudang penyimpanan (storage), tempat pelupusan/rawatan sisa, perkongsian kemudahan perkhidmatan seperti banking, komunikasi, pengangkutm, insurans dsb
b8
Pelepasan Tarif
Memperolehi pelepasan tariff tertentu. Kawasan pengelompokan industri biasanya dijadikan kawasan bebas cukai, justeru industri-industri akan tertarik untuk berkelompok bagi memperolehi faedah pelepasan cukai seperti pemberian taraf perintis dan kemudahan-kemudahan fizikal yang lain.





c) Huraikan langkah-langkah pembangunan lestari dalam sektor industri perkilangan di Malaysia         [10]


FAKTA
HURAIAN
cl
Langkah penguatkuasaan undang-undang
Langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat kepada mana-mana pengusaha atau syarikat yang mencemarkan alam sekitar seperti kes pembuangan sisa toksik, mencemarkan sungai, mencemar udara, tanah dsb.
c2
Mengenakan denda
Hukuman dan denda maksimum turut dikenakan kepada pesalah alam sekitar seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, tindakan menggantung, menarik balik lesen operasi, menyita syarikat yang membuang sisa efluen kilang tidak mengikut standard.




c3
Pemantauan
Langkah-langkah pemantauan, kawalan, penyeljaan yanglebih kerap dan tegas haruslah dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan Standard Kualiti yang ditetapkan
c3
Laporan ETA
Mewajibkan laporan EI A kepada pengurusan kilang dari masa ke semasa dan berterusan kepada pihak-pihak yang berwajib bagi menjamin industrinya sentiasa mesra alam.
C4
Menguruskan Bahan Pencemar Udara
Industri yang melepaskan asap pencemar melebihi standard kualiti yang dibenarkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar diwajibkan menggunakan kaedah sebelum bahan-bahan pencemar tersebut dilepaskan ke udara contohnya system penapis di dalam serombong asap agar kosentrasi bahan pencemar boleh terserak dan tidak terkumpul di dalam atmosfera setempat, tidak membuat pembakaran terbuka seperti habuk kayu dalam industri pemprosesan kayu balak atau sekam padi. Bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula, dijadikan bahan mentah untuk IKS, atau dibiar reput sebagai baja kompos
C5
Peralihan Kepada Teknologi Industri Yang Mesra Alam

Beralih kepada industri yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar terutamanya dalam konteks penggunaan tenaga, contohnya, kebergantungan kepada bahan api fosil seperti petroleum perlu diminimakan dan lebih banyak bergantung kepada tenaga alternatif yang murah dan bersih seperti menggunakan tenaga hidroelektrik, gas asli (NGV), tenaga solar.
Selain itu, industri pencucian dan pelarut dilarang menggunakan bahan yang mengandungi CFC, perlu menggantikan dengan bahan yang lebih bersih dan mesra alam seperti menggunakan air. Selain itu, industri pencucian dan pelarut dilarang menggunakan bahan yang mengandungi CFC, perlu menggantikan dengan bahan yang lebih bersih dan mesra alam seperti menggunakan air.

C6
Kempen dan Pendidikan
Kempen-kempen kesedaran dilaksanakan kepada pengusaha dan kakitangan sektor industri yang menjadi masyarakat industri tentang pentingnya menguruskan alam sekitar dengan bijak dan cekap. Kempen boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti projek penghijauan persekitaran industri, membersih dan menjaga sungai melalui aktiviti amal dan sosial, mengadakan peraduan, pertandingan yang mesra alam dsb.Kempen juga boleh dilakukan oleh media cetak dan elektronik, bengkel pemahaman dan penghayatan alam sekitar. dsb yang relevan. Pendidikan mengenai kesedaran alam sekitar perlu diterapkan di peringkat kanak-kanak sehingga dewasa melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah seperti mata pelajaran geografi, sains, kajian tempatan dll. Sementara di universiti turut ditawarkan kursus -kursus yang berkaitan dengan alam sekitar.




a) Jelaskan konsep globalisasi ekonomi                                                                            [3]
Globalisasi Ekonomi bermaksud saling kebergantungan antara negara pada * bahan,modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.Sesebuah negara perlu menjalinkan hubungan antara satu sama lain untuk kepentingan tersebut melalui teknologi maklumat. Hubungan ini telah mewujudkandunia tanpa sempadan, liberalisasi ekonomi dan penghapusan segala sekatan dan perlindungan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah Negara.

b) Huraikan sebab perlunya kerjasama antara kawasan bagi menjayakan globalisasi ekonomi                                                                                                                                    [9]
Kecekapan ekonomi
Terdapat negara yang mempunyai kecekapan dan menghasil sesuatu barangan berbanding dengan negara lain.Contoh Thailand lebih cekap menghasil beras berbanding dengan Malaysia maka Malaysia mengimport beras dari negara tersebut berbanding mengusahakan penanaman padi.
Daya saing
Kesanggupan sesebuah negara dalam menghadapi persaingan dari negara-negara lain. Keijasama antara kawasan membolehkan sesebuah negara menghasilkan cipta barangan atau keluaran yang baik berbanding dengan negara pengeluar yang lain.
Pengkhususan
Setiap negara tidak dapat menghasilkan semua barangan yang diperlukan. Contohnya, negara maju memerlukan getah asli. Mereka terpaksa mengimport barang tersebut dari Asia Tenggara (Malaysia, Thai dan Indonesia)
Sebaliknya Asia Tenggara belum dapat mengeluarkan hasil industri moden (mesin2 industri) perlu import dari negara2 maju.
Penyertaan dalam ekonomi dunia
Dalam sistem ekonomi global, tiada sesebuah negara mempunyai ekonomi yang lengkap.Oleh itu, setiap negara perlu terlibat dalam ekonomi dunia dan tidak boleh secara sendirian dalam aspek pembangunan negara.
-Kekurangan dalam sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada pada negara tersebut.Contohnya: Malaysia menyertai semua pertubuhan dengan negara luar, antaranya seperti ASEAN, APEC, OIC dll.







Kcsan Potitif
i- Mengurangkan Sekatan
Perdagangan Bebas yang dibavva oleh globalisasi ekonomi meraberi peluang kepada sesebuah negara membangun menyertai perdagangan antara bangsa tanpa tarif dan kuota.Negara-negara bebas mengimport dan mengeksport barangan tanpa banyak sekatan
ii. Perluasan Pasaran
Perluasan Pasaran berlaku di bawah perdagangan bebas.Lebih banyak negara mengambil bahagian atau membuka pasaran mereka kepada dunia maju dan membangun.Contoh di Asia Tenggara, barangan sesama negara ASEAN boleh memasuki pasaran negara-negara ASEAN dengan lebih mudah. Kesan perluasan pasaran ini dinikmati secara bersama.
iii. Pemindahan Teknologi
Pemindahan Teknologi berlaku dari negara lebih maju seperti Jepun Jerman dll ke nagara membangun seperti Malaysia. Rakyat tempatanmenerima pakai teknologi dari negara maju melalui latihan lanjutan, dalamasa yang sama ia sedang mencipta teknologinya sendiri melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D
iv. Aliran Buruh
Aliran Buruh menjadi semakin mudah dan berleluasa.Ramai penduduk dari negara membangun yang miskin dan padat penduduk mengalir ke negara lebih maju yang kurang penduduk.Kemudahan pengangkutan dan teknologi maklumat membolehkan aliran buruh berlaku dengan mudah seperti penduduk dari Asia ke negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Aliran buruh antarabangsa ini memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
v.Menggalakkan Persaingan
Menggalakkan Persaingan antara negara-negara di dunia. Mereka berlumba-lumba menghasilkan barangan dan perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat global .Negara yang berjaya mengurangkan kos pengluaran barangan akan berjaya dalam persaingan ini.
vi. Peningkatan Kualiti Produk
Peningkatan Kualiti Produk juga berlaku melalui persaingan supaya barangannya menang dan mendapat tempat di pasaran global.Barangan berkualiti dan berharga rendah lebih mendapa tempat. Kualiti dapat dipertingkatkan melalui pemetiditeDudaj pembangunan produk, teknologi dan proses pengeluaran.














Kesan Neaatif
.
c) Bincangkan kesan


globalisasi ekonomi terhadap negara Malaysia

.


nmnm

PEMARKAHAN = 2 ISI X 2 MARKAH + 1M = 13M


KESAN POSITIF
i.Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional (MNC)
Syarikat tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari negara membangun. Contohnya : IBM, Shell, Coco-cola dsbnya.
4
ii.Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan
Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama negara membangun yang masih mempunyai kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan sederhana penduduk tempatan.
iii. Kesukaran mengawal aliran modal asing
Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju telah mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara membangun tidak memerlukannya.
iv.Penghakisan kedaulatan
Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional yang berpangkalan di negara maju.


i.Penguasaan Ekonomi Oleh Syarikat Multinasional
(MNC)
Syarikat tersebut boleh menguasai dan mengatasi kuasa sesebuah negara. Hal ini banyak berlaku kepada negara membangun yang amat bergantung kepada pelabur asing dari negara membangun. Contohnya : IBM, Shell, Coco-cola dsbnya.
ii.Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan
Ancaman kepada barangan, perkhidmatan dan budaya tempatan ,terutama negara membangun yang masih mempunyai kualiti barangan dan perkhidmatan yang rendah.Negara maju pula dapat menarik pelanggan di negara membangun kerana kualiti barangan dan perkhidmatannya jauh lebih baik.Ancaman juga berlaku kepada pengusaha kecil dan sederhana penduduk tempatan.
iii. Kesukaran mengawal aliran modal asing
Kesukaran mengawal aliran modal asing kerana globalisasi telah membebaskan keluar masuk modal ke sesebuah negara terutama negara membagun. Kebergantungan yang tinggi terhadap ne gara maju telah mengikat negara maju untuk terus kekal melabur walaupun pada masa negara membangun tidak memerlukannya.
iv.Penghakisan kedaulatan
Penghakisan kedaulatan negara terutama bagi negara yang tidak stabil dari ekonomi, sosial dan politik.Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasa-kuasa barat melaui syarikat-syarikat multinasional yang berpangkalan di negara maju.