05 Disember 2010

TAJUK - TAJUK PENTING 2010




TAJUK – TAJUK PENTING 2010
GEOGRAFI 1
ALAM SEKITAR FIZIKAL


TEMA 1 :SISTEM BUMI


  1. (a) Kejadian soltis musim dingin
      (b) Maksud sistem suria
      (c) Mengapa bumi mengalami empat musim
      (d) Kesan peredaran bumi  terhadap habitat haiwan
     (e) Kesan penerimaan intensity bahangan suria  yang rendah terhadap aktiviti
          Manusia  di kawasan beriklim hawa sederhana

  1.  (a) Jenis –jenis tenaga  di dalam system bumi
(b) Peranan tenaga  dalam mewujudkan proses kitaran hidrologi
   (c)Kepentingan tenaga  suria  terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika 
      Lembab


TEMA 2 : SISTEM GEOMOFORLOGI

  1.  (a) Lingkaran gunung berapi dunia
(b)    Pembentukan gunung berapi
(c)     Bentuk muka bumi yang dihasilkan oleh gunung berapi dan kesannya terhadap manusia

  1.    (a)   Kajian luar di satu kawasan lembangan sungai
(b)    Konsep hakisan sungai/jenis hakisan
(c)     Faktor-faktor hakisan sungai
(d)    Pencemaran sungai  akibat akitivti manusia

  1. (a)  Luluhawa biologi
(b)    Faktor manusia meneyebabkan luluhawa
(c)     Langkah-langlah mengatasi








TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

  1. (a)  Amali – rajah tiupan angina
(b)    bayu laut dan bayu darat
(c)     kejadian siklon/ribut petir
(d)    Kesan –kesan terhadap manusia




TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI

  1. (a) Kitaran hidrologi
(b) proses  menegak dan proses mendatar dalam kitaran hddrologi
(c)  Gambara rajah kitaran hidrologi


TEMA 5 :  SISTEM EKOLOGI

1. ( a) Definisi aras trofik
    (b)  Piramid makanan (rajah)
     (c)  Siratan  makanan di dalam sesuatu ekosistem




  SELAMAT BERJAYA.....

















     

  

15 Ogos 2010

MENGAPA air laut masin

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

KawSemua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.
asan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

21 Mei 2010

GEMPA BUMI

APAKAH YANG DIKATAKAN GEMPA BUMI

Gempa Bumi sama seperti taufan bukan hanya satu tenaga yang besar tetapi masih menjadi misteri bagaimana untuk meramal dan menduga.

Bagai memahami paras kerosakan yang berkaitan dengan gempa bumi kita perlu melihat gempa yang berlaku sebelumnya.

Jika kita melihat kembali ke 27 Julai 1976 di Tangshan, China, satu gempa bumi besar yang menyebabkan 255,000 orang terkorban.

Dalam tragedi berkenaan dianggarkan 690,000 orang cedera serta bangunan hilang dalam sekelip mata.

Skala kemusnahan sukar digambarkan tetapi semua skala gempa bumi terus berlaku sepanjang masa.

Apakah yang menyebabkan gempa bumi?

Lapisan luar bumi diperbuat daripada lapisan nipis yang terbahagi kepada beberapa bahagian atau plat tektonik.

Hujung setiap plat tektonik adalah sempadan yang akan bergesel antara satu sama lain dan dalam tempoh masa tertentu tekanan yang bertambah akan menyebabkan gegaran atau gempa bumi.

Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin yang dinamakan seismograf. Mesin ini merekodkan gegaran dan saintis boleh mendapatkan ukuran kuasa gempa dalam skala ritcher.

Nombor 1 hingga 10 dan nombor 1 adalah gempa bumi kecil yang biasa berlaku setiap hari dan biasanya manusia tidak merasainya.

Nombor 7 hingga 10 adalah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga 20 tahun.

SIKLON TROPIKA

Maksud Sikon Tropika

Siklon Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, ia dilihat seperti satu sistem gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali mata yang udaranya secara relatif adalah tenang dengan sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika.

Siklon Tropika Dikelaskan Seperti Berikut:

Lekukan Tropika – satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 63kmpj

Taufan – Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum 118kmpj atau lebih

Ribut Tropika – Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum antara 64 – 117kmpj

Bagaimana Siklon Tropika Terbentuk?

Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaanya 26° C atau lebih. Di rantau Asia, siklon tropika lebih dikenali sebagai taufan. Ia terbebtuk semasa musim panas Hemisfera Utara di mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti perolakan. Sistem tekanan rendah terbentukl di lautan tropika yang panas dan bergerak ke arah barat, ia mengembang daripada lekukan tropika membentuk ribut tropika dan akhirnya, menjadi taufan yang matang.

Perkembangan lekukan tropika kepada taufan bergantung kepada tiga keadaan:

• Suhu tinggi di permukaan laut
• Kelengasan
• Corak angin berhampiran permukaan laut yang melingkarkan udara ke arah dalam

Semasa pembentukan siklon, haba dan tenaga terkumpul berhubungan dengan air laut yang panas. Haba dan kelengasan yang terhasil oleh penyejatan permukaan laut memberi tenaga kepada siklon seperti kuasa enjin haba raksasa. Jaluran ribut petir yang terbentuk membolehkan udara menjadi lebih panas dan naik meninggi di dalam atmosfera.

Mata siklon berdiameter antara 30 – 100 kilometer merupakan pusat tekanan rendah ribut tropika. Kawasan di mana berlakunya aktiviti paling aktif adalah di sekeliling mata, ia dikenali sebagai dinding mata. Di sini, udara melingkar ke arah atas dan ke arah luar dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada udara bergerak ke arah dalam dan tenggelam ke dalam mata, membentuk kawasan bebas awan.


Bilakah Taufan Biasanya Berlaku?

Taufan biasanya muncul di barat Pasifik Utara pada awal Mei, bilanganya bertambah dan mencapai maksimum di bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di kawasan latitud antara 5º U dan 20º U, dan longitud antara 130º T dan 170º T. Taufan biasanya bergerak menghala ke arah barat melintasi Filipina dan seterusnya melencong ke arah timur laut menuju daratan Asia.

Apakah Taufan Memberi Kesan Kepada Malaysia?

Taufan jarang berlaku di selatan latitud 5º U. Di Malaysia tidak wujud landaan terus taufan. Akan tetapi, semasa perjalananya melintasi Filipina menuju Laut China Selatan, Malaysia menerima kesan ekor dalam bentuk angin kencang dan hujan ribut yang kerap melanda Sabah di Malaysia Timur. Kadang-kdang taufan yang berada di sekitar pantai vietnam juga memberikan kesan yang sama kepada negeri-negeri di barat laut Semenajung Malaysia.

Ribut tropika GREG yang melanda pantai barat Sabah pada malam 25 Disember 1996 dan ribut tropika Vamei yang melanda pantai tenggara Johor pada 27 Disember 2001 adalah dua kes pengecualian yang jarang sekali berlaku. Ribut yang bertiup pada kelajuan 70 kmpj itu telah memusnahkan rumah-rumah dan mengganas selama beberapa jam sebelum menjasi lemah.

Bahaya Berkaitan Taufan

Luruan Ribut

Suatu kubah air yang besar, lebarnya antara 80 – 160km yang melanda pinggir pantai berhampiran tempat taufan bertemu daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang cetek akan menghasilkan luruan yang lebih tinggi. Luruan ribut mengancam nyawa dan harta benda terutamanya di kawasan pantai.

Hujan Lebat

Hujan mencurah-curah menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan.

Angin Kencang

Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yng tidak kukuh. Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkab gangguan besar

KEJADIAN BANJIR

Faktor-Faktor Berlaku Banjir

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:-

1.Hujan yang berterusan.

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.

2.Proses pembandaran.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

3.Hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.

4.Hutan tadahan.

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

5.Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

6.Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

TSUNAMI

Apa Itu Tsunami?




Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelauhan’. Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave). Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.



Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.



Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya.





Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang, halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai, hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggian ombak.





Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi dan bencana alam yang seiring dengannya seperti gelombang tsunami, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai bencana alam memahami bumi dan alam sekitar kita.



Di Indonesia, Pulau Jawa, pantai yang sering dilanda tsunami adalah pantai selatan Jawa Barat, Pantai Selatan Cilacap dan Pantai Selatan Jawa Timur. Sejak tahun 1990, Indonesia mencatat 15 kali bencana alam dilanda tsunami yang berlaku di sepanjang zone-mendak serta zone aktif seismik.





Punca Tsunami



Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak yang menghempas ke pantai. tetapi gelombang tsunami merupakan gelombang laut yang teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa bumi, dan hentaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.



Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan dan masih mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya. Gelombang tsunami yang menyebabkan kehilangan jiwa paling ramai direkodkan berlaku selepas letupan gunung berapi Krakatoa pada tahun 1883. Dianggarkan seramai 36,000 people mati disebabkan letupan tersebut yang menghasilkan ombak setinggi 12 tingkat bangunan. Kebanyakannya disebabkan oleh ombak tsunami yang melanda perkampungan persisiran pantai, sejauh sehingga 120 kilometer dari gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda Indonesia.



Selain itu jiwa yang terkorban akibat tsunami di Indonesia adalah seperti berikut, 19 Ogos 1977 tsunami di daerah Sumba mengorbankan seramai 189 nyawa. 12 Disember 1992 di daerah Flores, gelombang tsunami mengorbankan 2,100 nyawa dan pada 3 Jun 1994 bencana tsunami melandaa daerah Banyuwangi mengorbankan seramai 208 orang.



Bagaimana Tsunami Terhasil



Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku pada zon terbenam "subduction zones" di mana kepingan kerak bumi atau "lithosphere" yang dikenali sebagai plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu lagi. Terdapat zon terbenam "subduction zones" di pinggir negara Chile, Nicaragua, Mexico, dan Indonesia yang mencetuskan tsunamis pembunuh dalam tempoh 100 tahun lalu. Di lautan Pasifik, terdapat rekod 17 tsunami dari tahun 1992 sehingga 1996 yang bertanggungjawab mengakibatkan kehilangan 1,700 nyawa. Negara Indonesia terdedah kepada bencana alam disebabkan kedudukannya yang merupakan pertembungan 3 plat tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, kepingan Indo-Australia dan kepingan Pasifik. Selain ketiga kepingan yang besar itu, Indonesia juga menjadi pertemuan plak tetonik dengan skala kecil seperti kepingan Filipina.



Apabila kepingan kerak bumi terbenam kedasar, pergerakannya bergerak tersekat-sekat - melekat sekejab sebelum tergelincir. Apabila ia terlekat pada tebing benua, tekanan terhasil. Apabila kawasan yang terlekat terbebas, sebahagian daripada dasar laut mungkin melantun naik seperti papan anjal, ketika tekanan terbebas; sementara bahagian lain mungkin tenggelam. Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak membentuk gelombang dan tsunami pun terhasil.



Zon terbenam "subduction zones" terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu menghasilkan gelombang tsunami.



Dalam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu sejam, selaju jet penumpang. Tetapi di lautan lepas, gelombang tsunami itu tidak dapat dibezakan dengan ombak biasa. Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk, dengan jarak beratus batu antara puncak ombak yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi. Tetapi sebenarnya, puncak gelombang tsunami hanyalah hujung jisim air menggunung yang bergerak. Berbeza dengan ombak yang disebabkan oleh angin yang berkesan pada lapisan atas air, gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di dalam laut.



Oleh kerana pergerakan ombak begitu kuat, dan sifat pedam air, gelombang tsunami mampu bergerak beribu batu dan kehilangan hanya sedikit tenaga. Sebagai contoh, gelombang tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi di persisiran Chili pada tahun 1960 menghasilkan gelombang tsunami yang mempunyai cukup tenaga untuk membunuh 150 di Jepus setelah bergerak selama 22 jam sejauh 10,000 batu. Gelombang tsunami tersebut kemudiannya berulang-alik menyeberangi lautan selama beberapa hari.



Apabila gelombang tsunami sampai kepantai, ia menjadi perlahan disebabkan dasar laut menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian ombak. Ombak tersebut terhimpit antara satu sama lain seperti akordian dan meningkat naik. Bergantung kepada jenis punca gelombang tsunami itu, gelombang tsunami boleh menyebabkan air laut surut menyebabkan ikan tertinggal di dasar lautan. Ini menarik orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang tsunami menghentam menyebabkan kematian mereka.



Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulong dikemuncak seperti ombak biasa. Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang tsunami sebagai dinding air yang gelap. Ombak gergasi tsunami yang terdiri daripada jisim air yang menggunung ini akan menghentam ke pantai dan menenggeamkan kawasan persisiran, menumbangkan pokok seperti ranting kering, merobohkan tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan bangunan seperti bangunan permainan.



Bentuk permukaan dasar laut seperti berbentuk parit, dan persisiran pantai memainkan peranan penting dalam menentukan jenis glombang tsunami yang terhasil, kadang kala dengan keputusan yang mengejut dan merbahayakan Pada tahun 1993, satu glombang tsunami menghentam bandar, di Jepun, ombak purata setinggi 15 hingga 20 meter (50 - 65 kaki). Tetapi pada suatu tempat, ombah tertumpu oleh bentuk 'V' memampatkan ombak dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan gelombang tsunami setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi bangunan 8 tingkat.



Bagaimana Gempa Bumi Boleh Menghasilkan Tsunami?



Gempa bumi merupakan salah satu sebab utama yang biasanya menghasilkan tsunami. Tsunami akan terhasil apabila dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan yang akan menyebabkan air berkocak kuat. Gempa bumi tektonik adalah gempa bumi yang biasanya akan menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak bumi; apabila gempa bumi terjadi di dasar lautan, air yang berada dikawasan kejadian akan berubah dari kedudukan keseimbangannya.





Gelombang akan terhasil dari perubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh graviti yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya. Apabila kawasan dasar laut yang berubah kedudukan (terangkat atau turun) adalah luas, tsunami akan terhasil. Gelombang yang terhasil dapat bergerak dengan pantas.



Langkah Berjaga-Jaga



Pada masa kini tidak terdapat banyak yang dapat dibuat oleh mereka yang berhadapan dengan gelombang tsunami. Di kepulauan Jepun, kerajaan telah membina benteng dipersisiran pantai untuk menahan bandar dari bahaya gelombang tsunami, tetapi bagi orang perseorangan, tidak banyak yang dapat dibuat oleh mereke kecuali mengosongkan kawasan yang dijangka akan dilanda tsunami.



Penduduk dipersisiran pantai dikawasan yang sering menghadapi tsunami juga perlu pergi kearah tanah tinggi apabila berlaku gempa bumi atau letusan gunung berapi bagi yang tinggal berhampiran gunung berapi. Mereka juga perlu mengelakkan dari pergi ke arah pantai sekiranya berlaku tanda-tanda awal tsunami seperti air yang surut secara tiba-tiba.



Tsunami juga mampu melanda beberapa kali, oleh itu adalah tidak digalakkan untuk pergi ke kawasan pantai untuk melihat kerosakan selepas ombak tsunami pertama melanda. Ini adalah untuk mengelakkan dilanda ombak tsunami yang berikutnya.

JEREBU

Apakah Itu Jerebu?




Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.



Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.



Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:



Pembakaran terbuka

Pembukaan tanah

Penggunaan kenderaan bermotor

Pembakaran bahan api industri



Jerebu di Malaysia



Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.



Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:



Tempoh cuaca kering yang panjang

Keadaan atmosfera yang stabil

Sumber pencemaran yang pelbagai
Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.


Bagaimana Jerebu Menghilang?



Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:



Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.

Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.



Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.



Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.

Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

Adakah Jerebu Berbahaya?



Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.

KEPENTINGAN LAPISAN OZON

Kenapa Lapisan Ozon Penting ?




Selain mengawal peredaran suhu di dalam atmosfera, lapisan ozon juga sebenarnya mempunyai kepentingan menyerap radiasi sinaran ultra ungu (UV) yang tinggi daripada matahari sebelum sampai ke permukaan bumi.



Ini kerana, pancaran berbentuk UV spektrum ini sebenarnya mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya nyata atau cahaya nampak iaitu di antara 280 hingga 315 nanometer (nm) boleh merosakan hampir semua kehidupan.



Kajian saintis mendapati, ketika ini lapisan ozon semakin mengalami kerosakan dan menipis kesan penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) secara tidak terkawal.



Gas CFC boleh terhasil daripada pelbagai cara seperti penggunaan peti sejuk, bahan peyembur, bahan pelarut, produk berasaskan polisterin dan juga perindustrian perkilangan.



Masalah penipisan lapisan ozon yang semakin meruncing ini telah mendapat perhatian daripada banyak pihak terutamanya persatuan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP)



Selain itu, penduduk dunia juga kini telah mula memandang serius masalah tersebut dan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik dalam usaha memastikan generasi masa depan dapat mewarisi alam sekitar yang selamat.

30 April 2010

Tangani fenomena pemanasan global


Oleh Mohd. Subhi Marsan



BARU-BARU ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan kejadian seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan hujan yang tinggi daripada paras normal.



Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding suhu normal.



Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan, pembangunan �hutan batu� dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas atau di dalam perut bumi.



Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.



Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti pembakaran hutan di negara tersebut.



Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini.



Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).



Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara.



Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat luas telah menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun.



Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun 2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.



Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global.



Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.



Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC. Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.



Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang tahun telah tidak berada pada paras yang normal.



Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang membuka mata banyak pihak di negara kita.



Amaran

Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolah-olah mahu memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu tidak akan berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa.



Umpama peribahasa, �sediakan payung sebelum hujan� dan �mencegah lebih baik daripada mengubati�, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara.



Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di rumah atau di bangku sekolah lagi.



Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya, mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.



Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh diminimumkan kesannya.



Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.



Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman, cukai bahan buangan di Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini.



Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula.



Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan, dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana menjadi punca sampah dan kekotoran.



Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat. Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.

11 April 2010

HIDROLOOGI

Sumber air tanah tak mudah tercemar


Oleh Habsah Dinin dan Mona Ahmad

bhnews@bharian.com.my

2010/04/11


SUMBER air tanah kaya dengan bahan mineral boleh terus digunakan sebagai air minuman, tetapi perlu diuji terlebih dulu.KELEBIHAN dan kebaikan air tanah memang tidak dapat dinafikan. Ia juga sumber air yang tidak mudah terdedah dengan pencemaran bukan seperti air permukaan.


Sumber air tanah yang kaya dengan bahan mineral boleh terus digunakan sebagai air minuman, tetapi perlu terlebih dulu diuji kesesuaiannya sebelum digunakan orang ramai. Pensyarah Jabatan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Shaharin Ibrahim, berkata bukan semua air tanah mempunyai rasa yang sama kerana ia bergantung kepada jenis batuan di mana air itu dikeluarkan. “Lazimnya, air tanah dari kawasan granit dikenali sebagai `sweet water’ kerana ia lebih sedap berbanding air tanah di kawasan batuan jenis lain. Lebih menarik ialah kebanyakan kawasan di Banjaran Titiwangsa di Semenanjung adalah terdiri daripada batuan granit,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di kampus UPM, Serdang, baru-baru ini.


Dr Shaharin berkata pelbagai kaedah perlu dilaksanakan sebelum satu-satu kawasan itu boleh dibina telaga untuk mengeluarkan air tanah dalam skala yang besar.
Katanya, langkah pertama ialah mengenal pasti kawasan yang ada air tanah menerusi pengimejan satelit.


“Menerusi pengimejan satelit, kita boleh melihat kedudukan air tanah dalam lingkungan 100 hingga 140 meter ke dalam bumi,” katanya.

Apabila, satu-satu kawasan itu dikenal pasti, barulah pasukan yang terdiri daripada mereka yang mahir dan terlatih serta dilengkapi peralatan geofizik ke lokasi berkenaan untuk mencari air tanah dengan menggunakan teknik pengimejan kerintangan elektrik dan pengkhutupan teraroh (induced polarization).

“Proses ini agak sukar kerana pasukan terbabit terpaksa mencari jalan untuk ke kawasan yang dikenal pasti mempunyai potensi air tanah yang banyak. Ada kalanya kawasan itu tiada jalan masuk dan berada di tengah-tengah hutan belantara,” katanya.
Dr Shaharin berkata selain itu, aspek penting yang perlu ditekankan ialah mengenal pasti kawasan tercemar dan mengelak daripada membangun air tanah di kawasan itu.
Katanya, walaupun air tanah tidak mudah tercemar berbanding air permukaan tetapi ia tidak lari dari pencemaran dalaman.
Justeru, bagi mengelakkan berlakunya sebarang pencemaran, telaga perlu dibina di kawasan selamat termasuk tidak berada di lingkungan kawasan yang terdedah dengan pencemaran seperti tapak pelupusan sampah.

Beliau berkata langkah seterusnya adalah melakukan kerja penggerudian dan mencari tempat yang sesuai untuk dibina telaga.

Proses penggerudian adalah langkah yang paling mencabar kerana ada kalanya mata gerudi tidak boleh masuk jauh ke dalam bumi berikutan pelbagai masalah lubang gerudi,” katanya.

Katanya, semasa proses pembinaan telaga, sampel air akan dikumpulkan daripada setiap lapisan tanah yang mengandungi air dan dikaji di makmal sebelum ia dipastikan selamat untuk diguna.

Lazimnya, rawatan untuk air tanah adalah pada kadar yang minimum berbanding air permukaan.

Di samping itu, enap cemar yang terhasil daripada rawatan air tanah adalah jauh lebih sedikit berbanding yang terhasil daripada rawatan air permukaan kerana kejernihan air tanah.
Selain menggunakan pengimejan satelit, teknik terbaru yang digunakan untuk mengesan air tanah ialah gelombang radio dan ia boleh mengenal pasti lokasi rekahan dalam batuan yang berpotensi untuk membekalkan air.

29 Mac 2010

MODUL PEMBELAJARAN - TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI

TEMA: SISTEM HIDROLOGI


a) Menerangkan konsep Imbangan air

Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. Jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan seperti hujan, embun dan salji adalah sama banyaknya dengan yang akan dibebaskan semula ke atmosfera menerusi proses sejat-peluhan, sejatan yang mengalami larian permukaan dan juga yang disimpan di dalam tanah sebagai storan. Formulanya ialah: (P=ET + dST + S)

P = Jumlah air yang diterima daripada kerpasan.

ET = Jumlah air yang hilang melalui proses sejat peluhan

dST= air yang diterima atau hilang dari lapisan-lapisan tanah.

S = Air yang berlebihan atau storan (simpanan air )



i) Lebihan air

Lebihan air merupakan Imbangan air positif,yang bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan. Apabila jumlah kerpasan terutama hujan yang turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera dalam tempoh yang panjang, ia boleh menyebabkan fenomena banjir.

ii) Kurangan air

Kurangan air atau imbangan air negatif ditakrifkan sebagai kekurangan air yang dialami oleh sesebuah kawasan dalam tempoh tertentu. Dalam hal ini, kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun di kawasan berkenaan. Kesan daripada imbangan air negatif yang dialami oleh sesebuah kawasan itu ialah berlakunya fenomena kemarau.

b) Faktor-faktor mempengaruhi variasi imbangan air


i. Topografi dan aspek

Cerun-cerun di kawasan tanah tinggi dan banjaran gunung yang menghadap angin akan mendapat lebih banyak hujan daripada kawasan lindungan hujan. Contohnya dikawasan pantai barat Banjaran Rocky mendapat lebih banyak hujan daripada kawasan lindungan di timur. Oleh itu di bahagian timur terdapat kawasan Prairie yang lebih kering.

ii. Hujan

Hujan yang lebat boleh membekalkan air yang berlebihan sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem saliran di permukaan bumi. Kesannya boleh meningkatkan air di permukaan bumi sehingga berlaku banjir. Manakala pengurangan imput hujan pula boleh mempengaruhi kepasiti storan air tanih dan menyebabkan sungai yang mengalir tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi.

iii. Tumbuhan

Litupan tumbuhan tebal seperti hutan hujan khatulistiwa membantu kadar susupan yang tinggi dan meningkatkan jumlah air dalam tanah kerana titisan air hujan cenderung untuk meresap masuk ke dalam tanih daripada mengalir di permukaan. Tumbuhan juga boleh meningkatkan kehilangan air melalui proses sejat peluhan.dan menjamin kelembapan udara, seterusnya membentuk awan yang boleh menurunkan hujan.Kekurangan tumbuhan menyebabkan persekitaran menjadi kering,,sejatan meningkat maka hujan akan berkurangan,kurangan air akan berlaku..

iv. Ketelapan tanih dan ciri batuan

Tanah yang berstruktur longgar dan bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih cepat kehilangan air berbanding tanah berstruktur padat dan bertekstur halus seperti tanah liat yang menggalakkan air bertakung dan menyebabkan lebihan air.

v. Kehadiran badan air

Kewujudan sumber-sumber air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan lain-lain boleh menjadi pembekal utama kepada system akuifer dan membantu meningkatkan sejatan dan kerpasan, seterusnya mempengaruhi imbangan air

vi. Tindakan manusia.

Pembangunan yang pesat yang melibatkan penyahutanan untuk pembinaan

petempatan,perindustrian dan lain-lain akan menyebabkab kurangan

air.Kekurangan hutan menyebabkan kurangnya simpanan air tanih untuk

dibekalkan secara tetap kepada sungai.Pembandaran yang pesat

menyebabkan permukaan bumi diturap,kadar susupan air berkurangan menyebabkan simpanan air tanih berkurangan.Keadaan ini boleh menyebabkan

banjir kilat mudah berlaku apabila berlaku hujan.



c) Proses-proses dalam edaran air tanih

i. Larian air permukaan

Air hujan yang turun sebahagiannya akan meresap ke dalam tanah dan selepas daya resapan dipenuhi, air hujan yang lain akan mengalir di atas permukaan bumi atau cerun. Ia boleh terbentuk apabila kelebatan hujan melebihi kadar resapan tanah.

ii Resapan/infiltrasi/susupan

Pergerakan air hujan yang berlaku secara menegak iaitu menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara yang ada dalam tanah. Tanah pasir mempunyai kadar ketelusan yang tinggi kerana liang pori batuannya besar dan banyak. Proses ini membekalkan air tanih.


iii Aliran air bawah tanah

Air mengalir secara perlahan melalui liang dalam batuan di bawah permukaan. Ia mengalir kerana terdapat perbezaan tekanan dan kecerunan.Air dari bahagian atas zon tepu mengalir menuruni cerun aras mata air dan akan sampai ke lurah dan meresap keluar ke sungai, tasik atau paya.

iv Simpanan air tanih

Simpanan air tanih adalah yang terkumpul di zon tepu dan zon tidak tepu. Air tanih di zon tepu ialah air yang wujud di dalam semua rongga pori tanih yang terletak di bawah lapisan tanih yang mana menyumbang kepada air perigi dan mata air. Manakala air yang tersimpan di zon pengudaraan iaitu zon tidak tepu terletak berhampiran di permukaan bumi. Air tanih ini tersimpan dalam tanih dan dipengaruhi oleh tegangan, dan air tanih ini menentukan nilai kelembapan tanih.

v Keporosan dan ketelapan

Sifat sesuatu batuan yang mempunyai liang atau ruang antara batuan yang boleh ditakungi oleh air bawah tanah. Keporosan sesuatu tanah di pengaruhi oleh struktur susunan partikel tanah, komposisi saiz partikel tanah, kandungan air di dalam tanah, ciri-ciri batuan dan litupan tumbuh-tumbuhan. Sifat keporosan dan ketelapan merupakan ciri penting dalam menentukan kemampuan batu batan menakung dan memindahkan air.

vi Akuifer

Akuifer ialah tempat batuan untuk menakung air. Air akan meresap perlahan-lahan ke bawah tanah melalui liang-liang batuan dan resapan akan terhenti apabila telah sampai ke batuan tidak telap air. Akuifer juga merupakan tempat simpanan air bawah tanah dan juga nadi untuk pergerakan air bawah tanah. Ia juga sebagai pengawal aliran semulajadi iaitu meresap air semasa hujan lebat untuk mengurangkan kadar aliran air tanah yang terlalu cepat dan membekalkan air kepada alur sungai pada masa kekurangan air hujan atau musim kering.

d Kepentingan sumber air ke atas aktiviti manusia

i Kegunaan domestik

Air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan harian seperti minuman,mencuci dan keperluan-keperlun lain.Sumber air yang utama adalah dari sungai-sungai,conthnya Sungai Muda di Kedah,Sungai Pahang di Pahang dan lain-lain.

ii Pertanian

Sektor pertanian merupakan sektor yang paling banyak bergantung kepada sumber air.Empangan di bina untuk membekalkan air dan mengawal input output air kepada kawasan tanaman khususnya padi sawah. Ia dilaksanakan melalui projek-projek perairan untuk pertanian khususnya untuk tanaman padi sawah. Contohnya pengairan telah membantu meluaskan penanaman padi di Malaysia seperti rancangan pengairan Muda di Kedah, Kemubu di Kelantan.

iii Industri

Sumber air penting dalam industri makanan, pakaian, besi dan keluli. Air digunakan dalam pelbagai cara terutamanya sebagai pencuci dan membersih produk-produk atau hasil perindustrian. Sektor perkilangan juga memerlukan bekalan air bersih yang berterusan contohnya dalam industri pemprosesan kertas dan petrokimia.

iv Kegunaan pengangkutan
Sungai, selat, terusan digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk khususnya dikawasan pedalaman. Sungai sebagai sistem pengangkutan air yang murah dan mudah, tidak memerlukan kos yang tinggi. Juga sebagai pengangkutan utama di kawasasn pedalaman yang sukar dihubungi jalan darat. Contonya sungai Rajang di Sarawak dan sungai Kinabatangan di sabah.

v Rekreasi, eko pelancongan dan sukan air

Sumber air dapat menambahkan keindahan tempat-tempat rekreasi dan tarikan pelancong seperti tasik dan air terjun. Contohnya, air terjun kota Tinggi di Johor. Pembinaan chalet-chalet terapung, resort dan rumah rehat, pusat sukan air seperti aktiviti berkayak, berkelah dapat dijalankan di kawasan jeram dan air terjun.

08 Mac 2010

FENOMENA CUACA

Apakah El Nino ?


Setiap tiga ke tujuh tahun, suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan yang diperhatikan ini dipanggil El Nino. Pemanasan lautan ini didapati berlaku di kawasan yang luas meliputi Pasifik tengah dan timur serta mempunyai kaitan dengan keadaan kejadian luar biasa cuaca yang ketara di tempat-tempat tertentu di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia, keadaan-keadaan lebih kering dari normal berlaku sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa kebiasaannya lembap dialami.



Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.


Bagaimana El Nino dikaitkan dengan keadaan-keadaan atmosfera?

Semasa El Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam kawasan pergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera meningkat, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering.


120oE 80o W



Di rajah di atas, tekanan permukaan atmosfera rendah (L) terletak dalam permukaan perairan lautan yang lebih panas.



Semasa ketiadaan El Nino, tekanan permukaan di Pasifik barat biasanya rendah manakala di tengah dan timur Pasifik adalah tinggi. Di bawah keadaan ini, pada amnya Pasifik barat adalah lembap sementara Pasifik tengah dan timur adalah kering.




Corak tekanan permukaan yang berselang-seli di kawasan tropika Lautan Pasifik, yang mana keadaan lautan bertukar dari El Nino ke normal dipanggil Ayunan Selatan (SO). Hubungan di antara atmosfera dan lautan semasa kejadian El-Nino ini dikenali sebagai El Nino-Ayunan Selatan (El-Nino Southern Oscillation, ENSO).



Adakah fasa yang berlawanan dengan fasa El Nino (La Nina) ?



Pada masa-masa tertentu, walaupun tidak selalu, suhu permukaan laut di Pasifik tengah dan timur menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Nina - keadaan bertentangan dengan El Nino. Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun, menyebabkan pembentukkan awan yang lebih dan hujan lebat.




Semasa keadaan-keadaan La Nina, tekanan atmosfera yang tinggi (H) terbentuk di Pasifik tengah dan timur manakala tekanan rendah (L) berkedudukan lebih ke arah Pasifik barat.



Bagaimana kita memantau El Nino dan reaksi atmosfera?



Parameter-parameter asas yang digunakan untuk memantau El Nino dan reaksi atmosfera termasuklah suhu permukaan laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik, suhu di bawah permukaan lautan sehingga ke kedalaman 150m, keadaan awan serta corak hujan yang luar biasa.



Oleh kerana tekanan atmosfera dan suhu laut berkait rapat, suatu indeks atmosfera yang dipanggil Indeks Ayunan Selatan (Southern Oscillation Index, SOI) juga digunakan untuk mengukur reaksi atmosfera ini. Indeks ini dihitung dari perbezaan keadaan turun-naik tekanan udara bulanan antara Tahiti (mewakili Pasifik timur) dan Darwin (mewakili Pasifik barat). Jika terdapat nilai negatif yang nyata bagi SOI, berpanjangan selama sekurang-kurangannya 6 bulan, kita mengalami keadaan EL Nino. Lebih besar nilai negatif lebih tinggi keamatan El Nino. Sebaliknya, nilai positif tinggi menunjukkan keadaan La Nina.



Southern Oscillation Index (SOI)



El Nino/La Nina yang kuat biasanya SOI yang berterusan mencapai nilai 1.5 atau lebih (negatif untuk El Nino) manakala kejadian yang sederhana indeksnya turun-naik antara 0.8 dan 1.5. El Nino yang lemah berlingkungan 0.4 dan 0.8.



Kekerapan berlakunya El Nino/La Nina



Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-83 dan 1997-98. Jadual berikut menyenaraikan tahun-tahun di mana El Nino berlaku.



1951-1952

1953-1954

1957-1958

1965-1966



1969-1970

1972-1973

1977-1978

1982-1983



1986-1987

1991-1992

1994-1995

1997-1998





Kekerapan berlakunya La Nina adalah kurang jika dibandingkan dengan El Nino. Tahun-tahun di mana La Nina berlaku adalah disenaraikan di bawah:



1950-1951

1955-1956

1970-1971

1973-1974



1975-1976

1988-1989

1998-2000











Apakah perubahan iklim semasa El Nino?



Di kawasan tropika, aktiviti-aktiviti ribut petir berpindah dari Pasifik barat ke kawasan Pasifik tengah dan timur, menghasilkan keadaan kering yang luar biasa di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Australia Utara semasa El Nino berlaku. Cuaca yang lebih panas dan kering juga berlaku di Afrika Tenggara, India dan Brazil Utara. Cuaca lebih lembap berlaku sepanjang pantai barat kawasan tropika Amerika Selatan dan pantai teluk di Amerika Utara seperti ditunjuk di rajah di bawah.





Apakah impak yang tipikal di Malaysia.?



Dengan kehadiran El Nino yang sederhana/kuat, taburan hujan di Sabah dan Sarawak akan berada jauh dibawah paras purata semasa monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari), sebaliknya di Semenanjung Malaysia taburan hujan adalah dibawah paras purata hanya semasa monsun barat daya (Jun-Ogos).


Keadaan El Nino yang lemah dikenalpasti memberi impak yang minimum kepada taburan hujan di Malaysia. Tambahan pula, taburan hujan di bawah dan atas paras purata boleh juga berlaku dalam tahun-tahun yang bukan El Nino/La Nina.

Maklumat lanjut

Jabatan Meteorologi Malaysia sentiasa mengemaskini ramalan cuaca bermusim di dalam laman web di http://www.met.gov.my Jabatan boleh dihubungi di 03-79678000.

06 Mac 2010

GEOMORFOLOGI - LULUHAWA

KESAN BAHANGAN SURIA TERHADAP LULUHAWA


Bahangan suria banyak memberi kesan kepada luluhawa khasnya luluhawa fizikal.Ini kerana kebanyakkan proses luluhawa fizikal yang berlaku mendapat pengaruh daripada bahangan pensuriaan.Contohnya proses kembang kecut,penghabluran garam serta proses pembasahan.
Proses kembang kecut dalam luluhawa fizikal giat berlaku di kawasan gurun yang mengalami iklim panas dan kering.Akibat ketiadaan tompokkan awan dan tumbuhan yang melindungi bumi,cahaya matahari dapat di pancarkan terus ke muka bumi.Keadaan itu tadi kemudiannya menyebabkan batuan mengalami pengembangan dan pengecutan pada malam hari ekoran penurunan suhu yang cepat.proses kembang kecut ini akhirnya menyebabkan batuan pecah dalam pelbagai cara iaitu pengelupasan,serpihan dan relaian bijian.


Selain itu,proses penghabluran garam yang berlaku dalam kejadian luluhawa yang adalah kesan pengaruh bahangan suria juga.Buktinyaproses ini juga giat di kawasan gurun yang panas.Ini kerana kadar sejatan yang tinggi kesan daripada bahangan suria boleh menyebabkan air dibawah tanah tertarik ke permukaan lalu tersejat.


Disamping itu,proses pembasahan dan pengeringan yang berlaku di kawasan yang mengalami kemarau dan lembab yang nyata adalah kesan daripada bahangan suria juga.Ini kerana batuan yang terkena bahangan suria atau suhu yang tinggi semasa musim kemarau akan mengalami pengeringan lalu mengecut dan kemudiannya membentuk tegasan pada struktur batuan tadi.

28 Februari 2010

GANGGUAN ATMOSFERA

Amuk cuaca

Oleh Rohaniza Idris

Kejadian El Nino Modoki celarukan cuaca dunia, penyebab bencana alam


KALI pertama masyarakat Malaysia mendengar perkataan El Nino kira-kira 14 tahun lalu, iaitu ketika El Nino yang disifatkan paling teruk melanda negara dan rantau ini. Ia menyebabkan jerebu, kemarau dan kepanasan melampau dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius.


Ketika itu, ramai yang ketawa dan mempersendakan namanya biarpun ia jelas mencetuskan kebimbangan pihak terutama saintis, pakar kaji cuaca dan alam sekitar dunia. Kali ini El Nino muncul lagi. Amukannya menyebabkan cuaca dunia tidak menentu dan tempoh yang sepatutnya disifatkan stabil sebaliknya terus dilingkari keadaan kemarau, banjir dan ribut salji.


Lebih membimbangkan, menurut pakar kaji cuaca, El Nino akan terus bertambah buruk bagi tahun-tahun mendatang. Fenomena El Nino yang muncul setiap dua hingga tujuh tahun di selatan Pasifik, menunjukkan tanda-tanda cuaca dunia sudah semakin celaru. Apa tidaknya, kesannya boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam di seluruh dunia, merosakkan tanaman bagi dua tahun berturut-turut dan menimbulkan kekecohan dalam pasaran komoditi dunia.

Menurut pakar kaji cuaca dunia, tahun 1997-1998, adalah El Nino terburuk dicatatkan dalam tempoh 150 tahun. Malah kejadian El Nino pada 1998 menyebabkan kerugian melebihi RM15 bilion di seluruh dunia dengan Malaysia saja mencatat kerugian hampir RM1 bilion.

Sebelum peristiwa 1997-98, El Nino yang paling teruk dicatatkan pada 1982-83, dalam tempoh 100 tahun, membawa bersamanya cuaca buruk yang mendatangkan kerosakan di 15 negara, dianggarkan kerugian pada AS$13 bilion (RM37.7 bilion) dan membunuh 2,000 orang.





KEADAAN cuaca panas pada awal pagi di Lebuhraya Persekutuan di ibu negara, Isnin lalu.


Tahun ini, fenomena yang sama kembali berulang, namun saintis menjangkakan kali ini tidak seteruk 1997-98 kerana ia dikategorikan sebagai El Nino Modoki, iaitu kategori sederhana.


Ketua Seksyen Analisis Cuaca, Pusat Penyelidikan Atmosfera di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat, Dr Kevin E Trenberth berkata, fenomena El Nino kali ini tidak seburuk 1997-98 tetapi hampir menyamai fenomena pada 1982-83.


"Itu sebab di sesetengah negara seperti Australia, ada kawasan yang hujan lebat dengan ribut yang boleh membawa banjir dan sebahagiannya pula kering, begitu juga beberapa kawasan di Tahiti dan Amerika Selatan yang mengalami ribut dan banjir," katanya.



Pakar kaji cuaca tempatan, Profesor Dr Fredolin Tangang yang juga Profesor dan Ketua Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika, UKM, berkata El Nino yang dialami sekarang disebabkan kehadiran El Nino yang bermula sejak Jun tahun lalu. Ia kini ia berada di fasa puncak dan mula menurun yang diramal berakhir April nanti. Namun, El Nino kali ini boleh dikatakan dalam kategori lemah atau sederhana.







KEBAKARAN hutan di Seri Gombak merebak hingga menghampiri kawasan perumahan.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Kumpulan Kerja 1, Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, corak peningkatan suhu di lautan pasifik ini mengkategorikan El Nino kali ini kepada jenis 'El Nino Modoki'. 'Modoki' adalah perkataan Jepun yang bermaksud serupa tetapi berbeza. El Nino jenis biasa menunjukkan peningkatan suhu permukaan laut maksimum di bahagian timur Lautan Pasifik dan bukan di bahagian tengah.


"Apabila El Nino Modoki berlaku kesannya lebih dirasai di Semenanjung berbanding Sabah dan Sarawak pada musim puncak iaitu Januari hingga April. El Nino 'biasa' membawa impak yang lebih kuat di Sabah dan Sarawak pada musim ini berbanding Semenanjung," katanya.

Selain Malaysia, kesan yang sama atau lebih teruk dirasai di negara lain sama ada di rantau ini dan benua lain di lautan Pasifik. Di Filipina, El Nino memberi kesan kepada 100,000 petani di wilayah utara, tengah dan selatan Mindanao yang terbabit dengan industri tanaman padi dan jagung di negara berkenaan.

Jabatan Pertanian negara itu, menganggarkan tanah seluas 4,643 hektar untuk sawah padi dan 8,900 hektar jagung terjejas teruk akibat cuaca panas dan musim kemarau kesan El Nino. Kerajaan itu menjangkakan pengeluaran beras menurun kepada 800,000 tan apabila musim tuaian untuk suku pertama tahun ini menurun sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun lalu dengan 7.25 juta tan.

Di Indonesia pula dijangkakan lebih banyak kebakaran hutan akan berlaku selain meningkatkan aktiviti pembakaran terbuka selepas musim menuai berakhir bulan depan.

Awal bulan ini, kira-kira 50 negeri di Amerika Syarikat terus diliputi salji walaupun sepatutnya musim sejuk sudah pun berada di penghujungnya. Seorang penyelidik Universiti Oklahoma, berkata kejadian semua negeri Amerika dilanda salji pada masa ini sememangnya pelik. Ini kerana kebiasaannya, awal Februari hanya 40 atau 50 peratus wilayah negara itu yang bersalji.

Di China, cuaca sejuk dan salji tebal berlaku di tengah dan timur negara berkenaan awal tahun ini. Keadaan cuaca melampau terburuk sejak 16 tahun lalu, menyebabkan kerugian ekonomi berjumlah 311 juta yuan (RM140.5 juta) di wilayah tengah Hubei dan Hunan.

Apakah El Nino boleh dikesan jauh lebih awal? Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) yang diterbitkan pada 2007, misalnya menyatakan pemanasan global boleh menjadikan fenomena El Nino lebih kerap dan kuat di dekad mendatang dan juga ada kemungkinan sistem interaksi atmosfera-lautan di Lautan Pasifik `terkunci' kepada keadaan El Nino.

Pakar kaji cuaca dunia percaya amaran awal fenomena cuaca boleh dikeluarkan 14 bulan sebelum El Nino melanda negara di sekitar lautan Pasifik dan memberi kesan kepada cuaca di benua Afrika dan Eropah.

Pada masa ini, saintis hanya mengeluarkan amaran fenomena berkenaan beberapa bulan sebagai persediaan kepada petani dan nelayan yang terkesan teruk daripada fenomena berkenaan.

Malah, ramalan atau jangkaan yang diberikan saintis atau pakar kaji cuaca sering tersasar sejak kebelakangan ini apabila tidak sama dengan keadaan sebenar fenomena berkenaan berlaku. Mereka percaya, perubahan cuaca global mempengaruhi fenomena El Nino dan keadaan cuaca yang lain.

Pakar Kaji Cuaca di Institut Penyelidikan Perubahan Global di Yokohama, Jepun, Takeshi Izumo percaya amaran kehadiran El Nino boleh dikesan lebih awal berdasarkan perubahan yang berlaku di Lautan Hindi.

Perubahan El Nino pertama kali dikenal pasti pada tahun 1999 dan ia dikesan berlaku setiap dua tahun sekali, malah, analisis rekod cuaca 1981 hingga 2009 mendapati bahawa ketika apa yang disebut Indian Ocean Dipole berada dalam fasa "negatif" iaitu dengan air panas di barat dan dingin di timur - maka peristiwa El Nino di Pasifik akan berlaku pada tahun berikutnya.



El Nino dan Malaysia


•El Nino yang dikawal oleh Lautan Pasifik. Walaupun Malaysia begitu jauh daripada lautan itu tetapi ia masih boleh memberi kesan kepada negara kerana Malaysia terletak di kawasan benua maritim di tengah, antara dua lautan besar iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dalam keadaan normal, kawasan ini mempunyai tekanan udara rendah berbanding di bahagian timur dan tengah Lautan Pasifik.


•Kelembapan udara akan bertumpu ke kawasan ini dan ini merancakkan proses perolakan dan pembentukan awan. Bagaimanapun, apabila El Nino berlaku, pemanasan di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menyebabkan tekanan di kawasan ini menjadi rendah berbanding di kawasan rantau benua maritim.


•Ini menyebabkan kelembapan akan bergerak ke bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menjadikan atmosfera di kawasan kita kering, stabil dan proses perolakan yang minimum. Imej satelit terkini menunjukkan kawasan di rantau benua maritim termasuk Malaysia kurang berawan berbanding di bahagian tengah Lautan Pasifik.



•El Nino adalah fenomena semula jadi berskala besar akibat interaksi lautan dan atmosfera dan tiada teknologi yang boleh menghalang fenomena ini. Kekerapan ia berlaku adalah sekali dalam dua hingga tujuh tahun. Bagaimanapun kegiatan manusia terutama corak guna tanah boleh meningkatkan lagi impak fenomena ini.

•Kegiatan manusia juga menerusi pembebasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global juga boleh mempengaruhi corak dan kelakuan El Nino.

•Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) yang diterbitkan pada 2007, pemanasan global boleh menjadikan fenomena El Nino lebih kerap dan kuat di dekad mendatang dan juga ada kemungkinan sistem interaksi atmosfera-lautan di Lautan Pasifik menjadi `terkunci' kepada keadaan El Nino.


•Negara pernah mencatat suhu tertinggi 41.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 1998, sehingga menyebabkan kemarau panjang di sebahagian kawasan di negara ini. Namun, sejarah catatan suhu tertinggi itu masih kekal.

Catatan cuaca kini yang paling tinggi ialah antara 34 hingga 36 darjah Celsius dan masih dianggap fenomena biasa setiap Februari hingga Mac, setiap tahun.

INFO: El Nino

•Dinamakan anak Jesus dalam bahasa Sepanyol (El Nino bermakna `The Boy' atau `The Child' (budak lelaki)) kerana ia mencapai puncak kuasanya sekitar perayaan Krismas.

•Nelayan ikan bilis Peru sudah arif benar dengan fenomena El Nino (Christ Child) kerana ia memuncak sekitar sambutan Krismas. Tangkapan mereka menurun kerana air laut sejuk di perairan Peru menyebabkan ikan bilis berpindah ke kawasan lain.

25 Februari 2010

TEMA 3 - SISTEM ATMOSFREA

TEMA : SISTEM ATMOSFERA


SEJATAN

(i) Konsep sejatan

Sejatan ialah proses pertukaran daripada bentuk cecair dari badan air (laut, tasik, kolam, paya dan sebagainya) kepada bentuk wap ke atmosfera.
(ii) Proses sejatan

Sejatan berlaku dari badan air seperti laut, tasik, kolam, paya dsb apabila tekanan wap pada permukaan adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap di dalam atmosfera yang belum sampai ke takat tepu.
Sejatan bermula apabila tenaga elektromagnet ditukar kepada tenaga haba yang memanaskan permukaan air. Air yang mengandungi molekul-molekul H2O akan menjadi panas.

Molekul-molekul air yang panas akan bergerak dan tenaga haba tadi bertukar menjadi tenaga kinetik, Molekul-molekul air yang bergerak ini akan berlanggar antara satu sama lain dan apabila halaju menjadi tinggi akibat peningkatan suhu maka peluang bagi molekul air untuk terbebas ke atmosfera dalam bentuk wap air adalah cepat.


Molekul-molekul yang dapat membebaskan diri dan naik ke atas atmosfera akan wujud di dalam bentuk wap air yang mengandungi tenaga haba pendam. Ekoran dripada itu, proses sejatan akan merendahkan suhu sesuatu permukaan air.

(iii) Faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan

Kadar sejatan secara lansung dipengaruhi oleh suhu air. Apabila suhu air meningkat maka tekanan wap air atau keupayaan air air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat dengan cepat. Oleh sebab itu air yang bersuhu tinggi (panas) lebih cepat tersejat berbanding dengan air sejuk .


Tekanan wap pada permukaan air juga mempengaruhi sejatan. Proses sejatan meningkat apabila tekanan wap tepu di permukaan air tinggi berbanding dengan tekanan wap sebenar di udara sekelilingnya. Oleh sebab itu sejatan berlaku dengan cepat ke udara kering berbanding dengan udara lembap.

Angin/ turbulens berupaya menukarkan udara lembap di permukaan air dengan udara yang lebih kering. Persekitaran udara kering akan menggalakkan proses sejatan permukaan air.

Kadar kemasinan air boleh mempengaruhi proses sejatan. Proses sejatan berkadar songsang dengan kemasinan air. Bagi air laut yang masin, kadar sejatan adalah lebih lambat berbanding dengan air tawar yang bersih dan jernih.

Nilai kelembapan bandingan turut mempengaruhi kadar sejatan. Semakin tinggi nilai kelembapan bandingan maka kadar sejatan menjadi semakin rendah kerana tekanan wap dalam udara adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan tekanan wap di permukaan.






PEMELUWAPAN



(i) Konsep pemeluwapan

Pemeluwapan ialah prose pertukaran wap air kepada cecair/ titisan-titisan air apabila suhu dalam jisim udara mencapai takat embun.


(ii) Proses pemeluwapan


Proses pemeluwapan boleh berlaku apabila suhu dalam jisim udara menurun kepada takat embun (0°C) pada ketinggian melebihi 1000 meter. Penurunan suhu berlaku disebabkan kadar pertukaran adiabatik. Semakin tinggi sesuatu tempat maka suhunya semakin menurun.

Apabila jisim udara tersebut sejuk, tenaga kinetik zarah-zarah (wap air) berkurangan. Zarah-zarah (wap air) bergerak dengan lebih perlahan dan ditarik antara satu sama lain dengan lebih kuat. Jadi, zarah-zarah tersusun lebih rapat menyebabkannya bertukar kepada cecair.

Pemeluwapan merupakan satu proses eksoterma, iaitu membebaskan tenaga haba pendam ke persekitaran.


(iii) Proses pemeluwapan melalui Proses penyejukan
Penyejukan air Lintang – Proses ini berlaku apabila udara yang bersempadan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan panas ke kawasan yang sejuk. Hasilnya terbentuk kabus air lintang dan awan jenis stratus yang rendah.

Penyejukan Sinaran – Proses ini berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang terang dan udara yang tenang. Bahangan bumi terus hilang ke angkasa lepas tanpa halangan .kesannya jisim udara disejukkan menghasilkan embun dan kabus sinaran.

Penyejukan adiabatik – semakin tinggi jisim udara naik ke atmosfera maka suhu di dalamnya akan jatuh dan proses penyejukan boleh berlaku ke takat embun. Apabila jisim udara naik, maka isipadunya semakin mengembang dan suhu udara akan menurun akibat pembebasan tenaga haba semasa pengembangan tersebut kesannya udara mencapai takat embun (0°C) seterusnya menghasilkan awan kumulunimbus.

(iv) 3 faktor yang mempengaruhi pemeluwapan

Kandungan wap air yang mencukupi dalam atmosfera amat penting untuk mewujudkan keadaan ketepuan. Kelembapan bandingannya mencapai 100%. Akan menggalakkan proses pemeluwapan berlaku iaitu penukkaran wap air kepada cecair.

Proses pemeluwapan amat dipengaruhi apabila jisim udara terus menurun sehingga mencapai takat embun. Takat embun berkaitan dengan kejatuhan suhu sehingga 0°C di mana keadaan ini menggalakn penukaran wap air kepada cecair.

Nukleus higroskopik / nukleus pemeluwapan dapat mempercepatkan proses percantuman wap-wap air dalam udara untuk berupa cecair. Semakin besar nukleus pemeluwapan seperti natrium klorida semakin cepat proses pemeluwapan berlaku.

24 Februari 2010

TEMA 2 - GEOMORFOLOGI

LULUHAWA


A. KONSEP LULUHAWA

a. Proses luluhawa

Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan kepada saiz yang lebih kecil. Ia berlaku secara insitu (setempat).

B. LULUHAWA FIZIKAL / MEKANIKAL

i. Konsep Luluhawa Fizikal / Mekanikal

Proses penyepaian dan pemecahan batuan kepada saiz yang lebih kecil akibat tindakbalas unsur-unsur iklim seperti suhu. Ia tidak melibatkan perubahan kandungan kimia batuan dan berlaku secara in-situ.

ii. Proses-proses luluhawa fizikal

a). Perubahan suhu

Proses luluhawa ini berkesan di kawasan iklim panas seperti gurun yang mempunyai julat suhu harian yang tinggi. Suhu yang mencapai 35 C hingga 40 C pada waktu siang menyebabkan lapisan luar batuan lebih cepat panas dan mengalami pengembangan berbanding bahagian dalam batuan.

Suhu waktu malam yang jatuh sehingga 5 C hingga 0 C, menyebabkan bahagian luar lapisan batuan mengalami kehilangan haba dengan lebih cepat dan mengalami proses penguncupan.

Proses yang berulang ini menyebabkan berlakunya tegasan sehingga lapisan luar batuan retak dan pecah serta tertanggal daripada lapisan sebelah dalamnya. Bentuk pemecahan dan penyepaian batuan bergantung kepada sifat fizikal batuan tersebut. Terdapat 3 bentuk pemecahan batuan iaitu :

*Pengelupasan

Proses pengelupasan berlaku pada batuan yang mempunyai struktur berlapis dan lapisan luarnya mempunyai retakan. Pengelupasan berlaku selapis demi selapis bermula dengan lapisan paling luar . Keadaan ini berlaku kesan proses pengembangan dan pengucupan yang berulang pada batuan dan akan menghasilkan serpihan batuan.


*Penyepaian berbiji / granul

Proses ini berlaku sekiranya batuan pecah atau relai secara berbiji-biji. Batuan induk mempunyai kandungan mineral yang berbagai dan setiap mineral mempunyai kadar pengembangan dan penguncupan yang berbeza. Contohnya seperti batuan granit yang mengandungi mineral feldspar, kuartza dan mika. Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan lebih awal tersingkir dari batuan induk. Butir-butir halus akan terhasil kesan pemecahan ini.

*Pemecahan bongkah


Proses ini berlaku pada batuan bersendi atau mempunyai rekahan bersegi empat. Proses pengembangan dan peng ecutan berlaku di sepanjang rekahan tersebut dan penyepaian terjadi mengikut rekahan sehingga menjadi bongkah-bongkah segiempat.

b). Tindakan ibun

Tindakan ibun merupakan proses luluhawa fizikal yang berkesan di kawasan sederhana dunia terutamanya di bahagian puncak gunung atau tanah tinggi yang sering mengalami keadaan beku cair.

Kerpasan seperti fros atau salji yang bertakung dalam rekahan batuan akan membeku pada musim sejuk dan juga di kawasan pergunungan apabila suhu berada di bawah takat beku. Ais akan cair apabila tibanya musim panas

Isipadu air yang beku ini akan bertambah sebanyak 10% dan kesannya menghasilkan tekanan yang kuat di sekitar dinding rekahan, proses yang berulang ini akan menghasilkan rekahan yang semakin membesar dan akhirnya boleh memecahkan batuan. Serpihan batuan yang bersegi-segi ini jatuh di kaki gunung dan dikenali sebagai talus atau skri.



c). Penghabluran garam

Proses penghabluran garam ini giat berlaku di kawasan panas dan kering seperti di kawasan savana dan monson tropika.

Ia merupakan proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan. Akibat cuaca panas yang melampau atau ketika musim panas air akan ditarik ke permukaan bumi oleh daya rerambut / daya tarikan kapilari. Apabila air tersejat, hablur-hablur garam yang halus akan tertinggal dalam rekahan. Proses yang berterusan akan menyebabkan hablur garam semakin banyak dan berkembang semakin besar. Pembesaran dan pertambahan kuantiti hablur garam akan mewujudkan tekanan dan ketegasan yang ke atas dinding-dinding rekahan sehingga rekahan menjadi semakin luas, dalam dan seterusnya pecah.



d). Pembasahan dan pengeringan

Proses ini berlaku di kawasan tropika lembap. Pembasahan apabila batuan ditimpa hujan lebat sehingga membolehkan batuan menyerap air dan berada dalam keadaan tepu. Pada masa ini, lapisan batuan yang lembap akan mengalami pengembangan. Manakala pancaran matahari yang terik pula akan mengeringkan batuan dan lapisan batuan akan mengalami pengecutan. Proses pengembangan dan pengecutan yang berulang menyebabkan lapisan bantuan tersepai dari batuan asalnya.

Pembasahan dan pengeringan juga berlaku di kawasan pantai yang menerima pengaruh air pasang-surut. Semasa air pasang, batuan akan tenggelam dan mineral-mineral dalam batuan menjadi lembap dan mengembang. Semasa air surut pula, batuan yang timbul akan dikeringkan oleh pancaran matahari. Batuan menjadi kering dan mengecut dengan cepat. Proses yang berulang ini turut memecahkan batuan.

e). Pelepasan tekanan

Proses ini berlaku terhadap batuan yang terletak jauh ke dalam kerak bumi. Batuan ini berada dalam keadaan menguncup kerana tertekan oleh bantuan lain yang terletak di atasnya. Apabila batuan di atasnya mengalami hakisan, diangkut dan direndahkan batuan yang terletak jauh di dalam kerak bumi akan terdedah ke permukaan ini. Pengurangan beban atau pelepasan tekanan ini akan menyebabkan lapisan atas batuan berkenaan mengalami proses pengembangan sehingga menyebabkannya merekah dan pecah.



C. LULUHAWAN KIMIA

i. Konsep Luluhawa Kimia

Semua proses pereputan dan penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindakbalas dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer ke peringkat sekunder. Tindakan ini boleh mengubah kandungan kimia batuan.



ii. Proses luluhawa kimia

a). Pengoksidaan

Proses ini berlaku apabila mineral dalam batuan bertindakbalas dengan oksigen dalam udara. Pengoksidaan berlaku terhadap batuan yang banyak mengandungi mineral besi (ferum). Sebatian besi akan teroksida apabila terdedah kepada udara (oksigen) dan air. Ia akan bertukar kepada warna perang kemerahan atau berkarat. Sebatian ferum yang teroksida ini boleh melemahkan struktur batuan.



b). Pengkarbonan

Ia merupakan tindakbalas antara kalsium karbonat dengan asid karbonik. Asid karbonik lemah terbentuk apabila air hujan bercampur dengan karbon dioksida dalam udara. Air hujan yang mengandungi asid karbonik lemah ini mudah bertindakbalas dengan batu kapur dan menghasilkan kalsium bikarbonat.

Proses pengkarbonan ini boleh menghasilkan pelbagai pandang darat karst di kawasan batu kapur seperti klint, gua batu kapur, stalaktit, stalagmite dan lain-lain.



c). Penghidratan

Penghidratan berlaku apabila mineral batuan menyerap air. Ketegasan dan pengembangan terhasil dalam batuan dan akhirnya boleh melemahkan struktur bantuan dan menghancurkannya. Contohnya pembentukkan limonit.

Terdapat juga keadaan di mana mineral bergabung dengan air dan membentuk mineral lemah. Proses ini boleh melemahkan dan mengurai batuan induk.



d). Larutan

Air hujan atau air larian bertindak sebagai pelarut. Air berupaya melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsum, natrium klorida dan kalsium karbonat. Kalsium, natrium dan magnesium mempunyai kadar kelarutan yang tinggi berbanding dengan silica. Dengan itu ia mudah dilarutkan dan disingkirkan daripada jisim asalnya dalam bentuk larutan.



e). Hidrolisis

Ia merupakan proses pengasingan mineral dalam batuan oleh tindakan air. Tindakbalas ion hidrogen dengan ion mineral batuan akan menghasilkan sebatian baru dengan mineral yang berlainan dari batuan asal. Kesannya batuan asal akan berubah kepada batuan jenis lain. Contohnya feldspar dalam batuan granit bertukar kepada kaolin (tanah liat bewarna putih) yang lembut apabila air hujan bertindak ke atasnya.



D. LULUHAWA BIOLOGI

i. Konsep Luluhawa biologi

Ia melibatkan tindakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan manusia. Proses ini berlaku secara fizikal atau kimia dan melibatkan proses pemecahan dan penguraian batuan

ii. Proses luluhawa biologi

a). Tumbuhan

Akar tumbuhan yang menjalar masuk ke dalam rekahan batuan akan semakin membesar dan akhirnya meretakkan batuan.

Akar tumbuhan juga boleh bertindak mereputkan batuan melalui asid humik yang dikeluarkan. Contohnya akar lumut dan kulampair. Penguraian oleh bakteria terhadap daun, ranting, dahan yang gugur juga boleh menghasilkan asid humik yang boleh bertindakbalas dengan mineral batuan.



b). Haiwan

Haiwan seperti arnab, tikus, ular akan memecahkan batuan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Struktur tanah yang longgar dan polos ini memudahkan kadar resapan ke dalam tanah.



c). Manusia

Tindakan manusia seperti meletupkan batuan di kuari dan lombong telahmendedahkan batuan kepada proses luluhawa seterusnya.



E. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LULUHAWA

a. Iklim

Suhu dan hujan merupakan dua unsur iklim yang mempengaruhi luluhawa. Proses-proses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan dan hidrolisis amat bergantung kepada kehadiran air. Menurut Prinsip Lee Chatlier ‘tindakbalas luluhawa kimia akan berganda apabila kuantiti air bertambah ’. Kawasan Tropika Lembap mendapat bekalan hujan tahunan yang banyak maka luluhawa kimia adalah berkesan di kawasan ini.

Purata suhu tahunan yang tinggi (27 C hingga 32 C )di Tropika Lembap juga merupakan penyumbang utama kepada proses luluhawa kimia. Suhu yang tinggi sepanjang tahun dengan bezantara suhu harian yang kecil membolehkan operasi kimia berlaku dengan berkesan.

b. Jenis batuan

Batuan yang lembut seperti batu kapur, dolomite dan gypsum merupakan jenis batuan yang tidak stabil dan mudah mengalami luluhawa berbanding dengan batuan keras seperti granit.



c. Rekahan

Rekahan juga merupakan faktor penentu keberkesanan luluhawa. Rekahan merupakan garisan lemah batuan. Batuan yang mempunyai kepadatan rekahan yang tinggi dan rekahan berada dalam keadaan menegak, mempunyai kadar luluhawa yang tinggi. Ini kerana air, asid dan larutan boleh bertakung dan menembusi batuan ini. Luluhawa kimia boleh bertindakbalas di sepanjang dinding rekahan.



d. Relief

Relief ialah keadaan cerun sesuatu kawasan. Luluhawa kimia pesat berlaku di kawasan cerun landai dan tanah pamah. Kawasan ini menggalakkan kadar simpanan air berbanding kawasan cerun curam.

Luluhawa akan lebih berkesan di kawasan cerun yang menghadap pancaran matahari berbanding dengan cerun yang membelakangkan matahari. Pancaran matahari (suhu) diperlukan untuk tindakan luluhawa kimia.



F. KESAN LULUHAWA TERHADAP PEMBENTUKAN LANDSKAP AKTIVITI MANUSIA

a. Di kawasan batu kapur, luluhawa mewujudkan pandang darat karst yang menarik seperti gua, sungai bawah tanah, stalaktit, stalagmite dan lain-lain. Gua-gua batu kapur seperti Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak sering menjadi tarikan pelancong.

b. Pembentukan tanah liat. Pembentukan tanah liat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldspar. Tanah liat ini sangat penting dalam industry tembikar.

c. Tanah laterit terbentuk hasil proses pengoksidaan. Tanah laterit yang bewarna keperangan ini sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

d. Proses luluhawa di kawasan gurun menghasilkan gurun batu dan gurun pasir

HANYUTAN BENUA

A. TEORI HANYUTAN BENUA

Dikemukakan oleh Alfred Wegener, 1910. Menurut Wegener, 200 juta tahun dahulu semua benua bercantum dan membentuk satu daratan besar yang dikenali sebagai Pangea. Lautan disekelilingnya dipanggil Panthalassa.

180 juta tahun dahulu - Pangea telah berpecah kepada Laurasia di utara dan Gonwanaland di selatan serta menghasilkan Laut Tethys. Laurasia mengandungi benua-benua seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia sementara Gonwanaland meliputi benua Amerika Selatan, Afrika, Semenanjung Arab, India dan Australia.

Wegener menyatakan terdapat dua arah utama hanyutan benua iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik dan pergerakan dari kutub akibat daripada tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas. Hipothesis Wegener amat berkait dengan daya mampatan dan daya tegangan yang wujud dalam bumi yang boleh menggerakkan lapisan bumi. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas. Batuan di dalam lapisan mantel mengalami suhu dan tekanan yang tinggi dan berada dalam keadaan separa cair, arus perolakan wujud di lapisan ini dan lapisan kerak bumi dikatakan terapung di atas lapisan astenosfera.



B. TEORI PELUASAN DASAR LAUT

Menurut teori ini, apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak bumi (dasar laut), mengisi ruang rekahan yang dihasilkan oleh sempadan pencapahan di dasar laut. Magma ini akan membeku dan seterusnya membentuk permatang dasar lautan. Proses yang berterusan, rekahan menjadi semakin besar, magma berterusan keluar dan membeku. Kesannya dasar lautan yang lama akan tertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk. Dasar laut dikatakan telah mengalami proses rebakan.

Teori ini dibuktikan dengan kajian terhadap batuan di dasar lautan. Batuan yang terletak berhampiran dengan permatang lautan didapati lebih muda berbanding dengan batuan yang terletak lebih jauh daripada permatang lautan.







C. TEORI TEKTONIK PLAT

Mengikut Teori Plat Tektonik, lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan yang dikenali sebagai plat. Terdapat plat benua dan plat lautan. 7 plat benua yang besar seperti Plat Pasifik, Plat Amerika Utara, Plat Amerika Selatan, Plat Eurasia, Plat Afrika, Plat Indo-Australia dan Plat Antartika. Manakala plat benua yang kecil seperti Plat lain.Nazca, Plat Cacos, Plat Filipina, Plat Karibia, Plat Arab, Plat Scotia dan lain-lain. Plat Lautan adalah seperti Plat Pasifik dan Plat Antartika.

Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan adanya arus perolakan magma panas di lapisan astenosfera. Pergerakan plat berlaku sangat perlahan dan plat bergerak pada arah yang berbeza-beza antara satu sama lain. Plat-plat ini boleh bergerak dengan 3 cara iaitu secara pertembungan, pencapahan atau pemisahan dan secara perselisihan.

a). Pertembungan plat

Ia berlaku apabila dua plat bertembung antara satu sama lain. Pertembungan ini melibatkan plat benua dengan plat benua; plat lautan dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.

Apabila dua plat lautan yang bertembung, plat yang tumpat akan terjunam ke bawah. Di zon ini terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan Plat Psifik dengan Plat Filipina. Plat yang terbenam ke bawah ini akan membentuk magma setelah mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang tinggi di lapisan mantel.

Magma yang panas dan cair ini akan bergerak ke luar permukaan keak bumi di dasar lautan membentuk barisan-barisan gunung berapi di dasar laut. Melalui proses ataman bumi, gunung berapi ini akan muncul di permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti di Kepulauan Jawa (Indonesia), Kepulauan Filipina dan Kepulauan Jepun.

Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua, plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah. Di zon benam, plat lautan akan mencair dan membentuk magma. Jurang lautan terbentuk di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua. Manakala di bahagian plat benua kerak bumi akan termampat. Proses mampatan ini akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut. Jika terdapat rekahan di gunung lipat, magma akan keluar sebagai fenomena gunung berapi. Pertembungan antara Plat Nazca dengan Plat Amerika Selatan menghasilkan Jurang Peru-Chile dan Banjaran Andes sebagai gunung lipat.

Apabila plat benua bertembung dengan plat benua, maka pinggir kedua-dua benua tersebut akan termampat dan terlipat lalu membentuk banjaran gunung lipat. Tidak ada plat yang terjunam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama. Pertembungan Plat Indo-Australia dengan Plat Eurasia telah menghasilkan Sistem Pergunungan Himalaya

b). Pencapahan plat

Plat-plat akan berpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi, kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah. Ini telah menyebabkan wujud satu garisan kelemahan pada kerak bumi, magma yang panas akan mengalir keluar. Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini, maka magma akan mengalir keluar, menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak bumi yang baru dan dikenali sebagai permatang tengah lautan. Contohnya Permatang Tengah Lautan Atlantik yang berada di tengah lautan Atlantik.

c). Perselisihan plat

Pergerakan plat tektonik juga berlaku secara berselisih di sepanjang garis gelinciran. Ia juga dikenali sebagai sempadan neutral. Fenomena yang sering berlaku di kawasan ini ialah gelinciran dan gempa bumi.



D TABURAN DAN BUKTI KEJADIAN HANYUTAN BENUA

a. Bukti keselanjaran benua

Garis pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan.

Pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan dengan pinggir laut timur Amerika Selatan. Pinggir Laut Eropah Barat boleh dicantumkan dengan pinggir laut Amerika Utara.



b. Bukti geoglogi

Geologi enapan awal yang berada di dasar laut yang terletak di sekitar Lautan Atlantik adalah sama dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika dari jenis dan usianya. Ini menguatkan bukti kemungkinan benua-benua tersebut telah berpecah dari satu jisim benua yang sama sebelumnya



c. Bukti bahan fosil

Fosil dinosaour dari Zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika Selatan dan China. Fosil ini adalah sama dari segi jenis dan usia.



d. Bukti paleomagnet

Pengukuran yang telah dibuat berhubung dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan kutub magnet utara telah berubah sejauh 21 000 km dari sebelah barat Amerika Utara ke sebelah utara Asia dan ke kawasan artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra-kambrian hingga ke zaman Pertengahan Tersier.



e. Bukti oseanik

Bahan mendak lautan yang paling tua iaitu berusia kira-kira 160 juta tahun telah ditemui di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Kedua-dua bahan mendak adalah seusia dan jenis yang sama.