Apakah itu Gempa Bumi?
- Gempa bumi adalah gegaran bumi yang berlaku secara tiba-tiba disebabkan oleh tenaga yang sekian lama tersimpan di dalam batuan bumi tiba-tiba terkeluar.
- Merupakan hasil pergerakan plat tektonik(iaitu kerak bumi) yang senantiasa bergerak aktif.Kerak bumi berdasarkan teori Plat Tektonik(iaitu terdapat banyak kerak bumi di lapisan atas bumi yang senantiasa bergerak akibat tekanan daripada kawasan mantel-iaitu bahagian dalaman bumi yang sangat panas.
- Gempa bumi sangat berkait rapat dengan kegiatan gunung berapi,kawasan gunung berapi digelar lingkaran apai pasifik.Maksud yang mudah negara yang mempunyai kegiatan gunung berapi juga merupakan antara negara yang terdedah kepada risiko gempa bumi.Namun begitu terdapat juga negara yang tidak mempunyai gunung berapi tetapi turut terdedah kepada gempa bumi contohnya negara China dan Iran