19 Ogos 2011

PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM DAN HIDUPAN DI BUMI


PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM DAN HIDUPAN DI BUMI

Kepentingan kepada sistem bumi:
Suria merupakan punca tenaga utama bagi meneruskan kelangsungan proses dalam sistem bumi dan juga kelangsungan hidup manusia, haiwan serta tumbuhan. Peranan tenaga suria kepada sistem bumi meliputi aspek-aspek seperti yang berikut:

Kepentingan kepada sistem atmosfera.
Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba. Tanpa tenaga haba, tindakan angin,hujan/kerpasan, ribut taufan, petir dan lain-lain lagi tidak akan berlaku.
Contohnya dalam proses kejadian hujan. Bermula dengan tenaga suria yang akan memanaskan permukaan air seperti laut dan sungai.

Tenaga haba yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan wap-wap air tersejat ke udara.
Semakin tinggi wap-wap air naik ke udara, proses kondensasi akan berlaku yang menunjukkan tenaga haba dalam jisim udara tersebut semakin berkurangan atau suhu di dalamnya semakin rendah sehingga wap-wap air tadi tepu untuk turun sebagai hujan.

Begitu juga dengn angin, syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mesti ada perbezan tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibat perbezaan suhu tau tenaga di antara dua tempat.

Mengikut Hukum Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendah dan apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi tinggi.
Angin akan bertiup dri tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besar perbezaan tekanan ini maka angin akan berukar menjadi ribut, taufan, tornado dan sebagainya.

Kepentingan kepada sistem geomorfologi.
Untuk membolehkan semua proses geomorlogi seperti luluhawa,hakisan,pengangkutan,dan pemendapan berlaku mesti adanya tenaga haba dari sinar suria.
Tenaga ini akan bertukar kepada pelbagai bentuk khususnya tenaga potensi dan juga tenaga kinetik.
Kedua-dua tenaga ini menjadi penentu kepada kelangsungan proses-proses geomorfologi di muka bumi ini.

Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria(haba) diperlukan untuk meningkatkan dan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam.
Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi leburpanas dan sejuk dan seterusnya tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga haba diperlukan untuk membolehkannya beroperasi.
Mengikut prinsip Vant Hoff “syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah pada suhu 10℃ dan setiap kali suhu meningkat sebanyak 10℃ maka kadar tindak balas kimia batuan akan turut meningkat 2 atau 3 kali ganda.

Dalam proses hakisan pula, tenaga yang bertindak ialah tenaga kimia yang juga berasal daripada tenaga haba suria yang telah mengalami perubahan.

Semakin laju pergerakan air sama ada sungai,ombak, atau glasier maka tenaga kinetik yang terhasil adalah tinggi dan ini akan menyebabkan kadar hakisan juga menjadi tinggi.

Dalam kes hakisan glasier misalnya, kadar hakisan akan berganda pada musim panas kerana pada masa itu kuantiti glasier yang cair adalah banyak. Kecairan glasier hanya berlaku apabila mempunyai tenaga haba suria yang mencukupi.

Kepentingan kepada sistem hidrologi
Kitaran hidrologi biasanya dimulakan dengan proses sejatan permukaan dan juga sejat-peluhan tumbuhan serta tanih.

Mengikut RJ Chorley (1969) untuk memulakan sejatan di permukaan air laut, tasik dan sungai memerlukan sejumlah 600 kalori haba bagi setiap satu gram air pada suhu 100°c.
Begitu juga dengan proses sejat-peluh dari tumbuhan dan lembapan tanih.Tumbuhan memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasi bagi membolehkan wap-wap air terbebas menerusi liang stomanya.

Semakin tinggi haba maka kadar transpirasi semakin meningkat.

Kepentingan kepada sistem ekologi.
Dalam konteks ekologi, kepentingan tenaga suria boleh dilihat dari 2 aspek iaitu kepentingannya kepada ekosistem dan juga kepentingannya kepada tumbesaran tumbuhan dalam ekosistem.
Ekosistem melibatkan rantaian makanan, untuk membolehkan bekalan tenaga suria yang cukup kepada tumbuhan yang bertindak sebagai pengeluar.
Tanpa tenaga suria tumbuhan tidak dapat melakukan proses fotosintesis untuk membuat makanannya.


Tenaga suria juga penting dalam tumbesaran hutan semula jadi.
Dengan adanya bekalan suhu dan hujan yang cukup ini maka pelbagai pokok kayu keras seperti cengal,seraya dan balau tumbuh dengan baik di samping tumbuhan menumpang dan melilit, spora serta paku pakis dan sebagainya.
Kepelbagaian jenis tumbuhan ini pula telah menjadi habitat pelbagai jenis fauna di dalam ekosistem hutan

Kepentingan tenaga suria kepada manusia.

1.Menjalankan aktiviti pertanian.Jumlah tenaga suria yang cukup dipelukan untuk membolehkan tanaman melakukan pelbagai jenis aktiviti.
2.Menjalankan aktiviti pelancongan.Sinar suria amat mempengaruhi nilai suhu setempat dan seterusnya nilai suhu yang berbeza akan mempengaruhi aktiviti pelancongan.
3.Menjalankan aktiviti perikanan.Tenaga suria amat penting dalam mempengaruhi suhu air dan arus laut.Ia akan mewujudkan habitat yang sesuai untuk hidupan.
4.Menjalankan aktiviti perindustrian.Amat penting bagi industri sederhana seperti aktiviti pengeringan,industri batik dan lain-lain.

1 ulasan:

  1. rasanya terdapat sedikit kesilapan
    teoremnya : PV = nRT
    maksudnya bila suhu tinggi, maka tekanan tinggi dan suhu rendah, maka tekanan rendah bersyaratkan volume tidak berubah

    BalasPadam